web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Hadir Ceramah Sebab Keselamatan Jalan Raya - Sanusi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:20AM

Muhammad Sanusi (tengah) bersama ahli pasukannya dalam perlawanan persahabatan di Padang Awam, Felda Teloi Timur - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK – Isu keselamatan 'merisaukan' dan 'serius' yang didakwa menjadi penyebab kepada ketidak hadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam program sepatutnya dihadiri beliau kebelakangan ini, rupa-rupanya hanya berkaitan soal keselamatan jalan raya.  

Menurut Muhammad Sanusi, beliau ketika itu berada di Kuala Lumpur dan tidak sempat untuk pulang ke Kedah bagi menghadiri program dimaksudkan. 

"Tak adalah (soal keselamatan). Saya ada di Kuala Lumpur, kemudian nak 'rush' balik tak sempat, jadi dia kata bawa (kenderaan) perlahanlah, keselamatan. 

"Itu saja, nak 'rush' tu tak bolehlah, tak sempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Awam Felda Teloi Timur di sini, semalam. 

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak menjelaskan siapa individu yang bercakap dengannya mengenai soal keselamatan tersebut. 

Tiga hari lalu, Muhammad Sanusi tidak hadir ke Program Sembang Santai di Taman Serai Wangi dekat Padang Serai. 

Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasrun Othman ketika berada di pentas memaklumkan, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu sudah datang separuh jalan namun tidak dapat hadir kerana terdapat isu keselamatan yang merisaukan dan serius. 

Kelibat Muhammad Sanusi kemudiannya turut tidak kelihatan dalam Program ‘Jom Pakat Pi Ceramah Mega PN Bersama MB Kedah di Padang Awam, Taman Ria dekat Sungai Petani, kelmarin. 

Muhammad Sanusi (tengah) berucap sebelum perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Awam, Felda Teloi Timur - gambar Rafisqi Radhi
Muhammad Sanusi (tengah) berucap sebelum perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Awam, Felda Teloi Timur - gambar Rafisqi Radhi

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menjadi penceramah terakhir dalam program tersebut kemudiannya membacakan satu nota bagi memaklumkan kepada hadirin mengenai ketidak hadiran individu yang dianggap sebagai Panglima Perang PN itu.  

Menurut Afnan, Muhammad Sanusi tidak dapat hadir setelah mendapat nasihat dalam satu mesyuarat penting dihadirinya di Kuala Lumpur sehari sebelumnya. 

“Beliau dinasihatkan agar tidak meneruskan ceramah berkenaan kerana ada perangkap sedang dipasang musuh,” dakwanya. 

Ditanya sama ada terdapat usaha oleh pihak berkuasa untuk menahan dirinya, Muhammad Sanusi berkata perkara itu perlu ditanyakan kepada orang lain. 

"Saya tak ada nak tahan diri sendiri, orang lain tak tahulah. Yang itu kena tanya orang lain. 

"Saya mana tahu kalau 'depa' nak tangkap saya, saya tak tahu," katanya. 

Diminta mengulas dakwaan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa pihak tertentu cuba memainkan elemen simpati serta 'play victim' dengan menggunakan isu 'keselamatan' dan 'perangkap', Muhammad Sanusi berkata beliau sememangnya seorang mangsa kepada beberapa situasi. 

"Saya memang mangsa pun sebab 'depa' 'mai' kacau saya. Saya mangsa penipuan, mangsa 'spin', mangsa kelirukan fakta. 

"Saya ada fakta yang jelas dan kita bercakap hasil dari laporan agensi serta jabatan. Itu saja fakta yang kita ada. Yang dia 'pi' ikut situ, ikut sini. Itu memangsakan saya," katanya. 

Tambahnya, PAS tidak langsung cuba meraih simpati rakyat daripada isu berkenaan. 

"Rakyat memang suka pada PAS pun. Bukan pasal simpati, tetapi sebab dia suka perjuangan PAS," katanya. - Getaran, 8 Ogos 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang