web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amanah Yakin Pertahan Kerusi Simpang Jeram, Pulai

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2023 9:00PM

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata keyakinan itu berdasarkan kekuatan akar umbi di dua kawasan itu terutamanya di DUN Simpang Jeram yang menyaksikan kelahiran parti itu pada 2015.

"Kita juga berharap dapat meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempunyai rekod pencapaian dan telah memberikan perkhidmatan terbaik ketika menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut, sekali gus dilihat menjadi kekuatan Amanah untuk mengekalkan kemenangan di dua kerusi itu.

“Ramai orang tak ingat sebenarnya tapak penubuhan Amanah ialah di DUN Simpang Jeram, itu sebenarnya tapak asas parti dan kita ada kekuatan akar umbi di situ, jadi saya yakin kemenangan dapat diterjemahkan (pada PRK kali ini),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan di Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini.

Mengulas lanjut, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata keyakinan untuk memenangi kerusi itu juga berdasarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta kerajaan Johor iaitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong berikutan kematian penyandangnya Salahudin, 61, pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, akibat pendarahan otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos dan hari pengundian pada 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

3

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

4

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia