web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Parlimen Pulai: SPR Sasar 99 Peratus Pemilih Awal Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2023 12:11PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (kanan) bersama Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah (kiri) ketika melawat pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai, di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Tampoi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan sekurang-kurangnya 99 peratus daripada 927 pemilih awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, akan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata proses pengundian awal di Balai Polis Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini yang dibuka serentak pada 8 pagi tadi, berjalan dengan lancar.

"Di Markas PPM Wilayah Dua ada dua saluran dan di Balai Polis Kempas pula ada satu saluran. Kita lihat dari segi trend pengundian, ia amat baik, dengan sejam pertama sudah 16 peratus diikuti jam kedua sudah 34 peratus.

"Kehadiran amat menggalakkan dan kami berharap kedua-dua tempat mengundi awal ini akan mencapai peratusan yang baik, sekurang-kurangnya 99 peratus pengundi awal keluar mengundi," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Markas PPM Wilayah Dua, di sini hari ini. 

Daripada 927 pemilih, seramai 46 orang akan mengundi di pusat mengundi awal di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas PPM Wilayah Dua.

Abdul Ghani turut menasihatkan pengundi bagi kerusi parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal Sabtu ini, selain tidak memberikan kad pengenalan diri kepada bukan petugas yang terlibat dalam pilihan raya tersebut.

"Keluarlah mengundi lebih awal atau mengikut waktu yang dicadangkan SPR. Mohon pengundi tidak memberi kad pengenalan diri kepada pihak atau individu yang tidak sepatutnya dan jagalah kad pengenalan masing-masing supaya tidak timbul masalah berkaitan. 

"Bagi pengundi yang berada di luar kawasan, pulanglah ke kampung dan tunaikanlah tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi di kedua-kedua kawasan PRK ini," katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Pulai dan seramai 40,379 pengundi bagi Simpang Jeram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan