web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


YDP PAS Langkawi Diangkat Speaker Kedah, Isu PRN Selesai - Sanusi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 1:41PM

Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) menyarungkan jubah Speaker DUN kepada Zubir Ahmad - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-15 hari ini menyaksikan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, diangkat sebagai Speaker.

Pelantikan individu berusia 60 tahun itu dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, sebelum disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali yang juga Pengerusi Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan negeri. 

Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, Mohamad Azlee Ahmad memaklumkan, beliau menerima surat persetujuan bertulis daripada calon dicadangkan. 

"Oleh kerana seorang calon saja yang dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4(5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan Zubir dipilih menjadi Speaker Kedah," katanya dalam persidengan tersebut, pagi tadi.

Dalam persidangan tersebut, Muhammad Sanusi mengetuai senarai 36 individu yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu  untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN. 

Zubir yang merupakan 'orang lama' dalam PAS Langkawi pernah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya namun tidak pernah menang. Beliau pernah tewas di DUN Ayer Hangat sebelum kalah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-14. 

Dalam Pilihan Raya negeri (PRN) lalu, nama Zubir pada mulanya disebut-sebut untuk menjadi calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Ayer Hangat namun tempat itu diberikan kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Shamsilah Siru. 

Keadaan itu menyebabkan berlaku protes dalam kalangan ahli PAS di Langkawi hingga menyebabkan bekas Ahli Jawatankuasanya, Safwan Hanif Shafie bertanding sebagai calon Bebas dan dikenali sebagai calon bayangan 'Cik Bet'. 

Shamsilah bagaimanapun berjaya memenangi kerusi tersebut untuk PN dengan majoriti 3,824 undi menewaskan Safwan; Calon Barisan Nasional, Hisham Suhaily Othman dan seorang lagi calon Bebas yang juga bekas ahli Pas, Zulfadli Mohd. Yusof.

Sementara itu Muhammad Sanusi ketika ditemui pemberita selepas berakhir persidangan mengakui bahawa pelantikan Zubir mempunyai kaitan dengan isu yang berlaku sewaktu PRN lalu. 

"Ya, ada kaitan (dengan isu semasa PRN) tetapi sudah dapat diselesaikan dan inilah penyelesaiannya. Tidak berbangkit lagi dan segalanya harmoni.

"Semua benda atas dunia ini boleh diselesaikan sebelum mati. Kecuali nak mati saja, tak boleh settle... Yang lain semua boleh selesai," katanya. 

Beliau menambah, Zubir merupakan orang lama dalam politik serta kaya dengan pengalaman.

"Saya tak rasa beliau akan ada masalah untuk menjalankan tugas sebagai Speaker," katanya. 

Dalam sidang tersebut, ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis yang dilantik sebagai Timbalan Speaker setelah namanya dicadangkan Muhammad Sanusi dan disokong ADUN Kuala Ketil, Mansor Zakaria. - Getaran 25 September 2023-

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka