web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tahalul Siyasi PAS Gagal Kerana Parti Itu Bukan Badan Dakwah - Puad

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2023 1:32PM

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahalul Siyasi dilaksanakan PAS kerap menemui kegagalan kerana parti itu bukan badan dakwah.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PAS hanyalah parti politik yang menjadikan dakwah sebagai objektif sampingan.

Menurut beliau, kegagalan Tahalul Siyasi PAS itu menyebabkan perpecahan Perikatan Nasional (PN) hanya menunggu masa.

“Mungkin PAS lupa satu kajian telah dibuat oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden. Dia MP (Ahli Parlimen) PAS kawasan Alor Setar. Dia Ketua Pemuda PAS yang baru.

“Tajuk kajian itu ialah “Tahaluf Siyasi Dalam Politik Dakwah - Hubungan Politik PAS & DAP di Pulau Pinang”. Ia diterbitkan oleh UMK (Universiti Malaysia Kelantan) pada tahun 2021,” katanya.

Jelas Puad, tujuan kajian berkenaan ialah untuk melihat kebaikan yang diperoleh PAS walaupun hanya memenangi satu kerusi di DUN Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

“Dengan satu kerusi, ahli PAS Pulau Pinang dilantik dalam 14 GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan agensi seperti Majlis Agama Islam, Majlis Bandaraya, Lembaga Zakat, Penyelaras DUN, JKKK dan lain lain.

“Kajian itu mendapati banyak dasar yang berkaitan dengan Islam dapat dilaksanakan oleh PAS melalui Tahaluf Siyasinya di Pulau Pinang,” katanya.

Tegas Puad, PAS telah mensia-siakan peluang dakwah yang ada, sehingga menyebabkan tahalul siyasi tersebut gagal dan mencetuskan krisis antara parti itu dan DAP.

“Kajian itu menyimpulkan ‘DAP tidak menghormati dasar Islam PAS kerana PAS gagal beri kefahaman tentang Islam kepada rakan tahaluf siyasinya’ (muka surat 124).

“Ironinya kata pengantar buku ini oleh Haji Hadi Awang Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang). Adakah dia mengiktiraf kesimpulan kajian ini atau dia tidak baca buku itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang mahu merujuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuki Shaary ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia ekoran kenyataan Ahmad Marzuk yang melabelkan DAP sebagai kafir sedangkan parti berkenaan memiliki tiga Ahli Parlimen dan beberapa ADUN beragama Islam.

Puad menarik perhatian, kenyataan Ahmad Marzuk jelas menunjukkan kejahilan PAS.

“Sekarang ini siapa jahil? PAS suka menghukum. PAS tahu dalam DAP ada YB muslim. Bila mengkafirkan DAP secara blanket bermakna YB Bangi itu juga kafir.  Apakah itu dakwah?,” soalnya. - Getaran, 20 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini