web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Gantang Sokong PMX, Ajak 2 Mantan PM Bina Masyarakat Madani

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 11:32AM

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas empat rakan seperjuangan mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kini giliran Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula mengambil keputusan yang sama.

Sokongan tersebut dinyatakan secara langsung di Dewan Rakyat hari ini, ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Ia turut dikongsi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di X.

“Dalam Dewan Rakyat pagi ini, Bukit Gantang isytihar sokongan untuk PMX,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Abu Hussin sebelum menyatakan sokongan kepada Anwar terlebih dahulu mengajak dua mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan Timbalan Muhyiddin Yassin untuk bersama membantu menggerakkan segala usaha dijalankan Kerajaan Madani.

“Oleh itu, demi negara yang tercinta saya meminta Tambun, Pagoh dan juga Bera buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Marilah Pagoh dan Bera sebagai bekas Perdana Menteri membantu Tambun membina Masyarakat Madani.

“Kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang pula, marilah kita berunding sebaik-baiknya dengan persefahaman semasa Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) secara terbuka menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Mereka terdiri daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Tindakan tersebut diambil selepas mengambil kira kebajikan dan masa depan pengundi di Parlimen masing-masing, khususnya dalam mendepani kenaikan kos sara hidup.

Susulan tindakan, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing dikenakan penggantungan empat dan enam tahun atas kesalahan di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan BERSATU.

Penggantungan ke atas Iskandar bermula 3 November lalu manakala hukuman diterima Suhaili berkuatkuasa mulai 7 November. - Getaran, 28 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka