Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 1:19PM

Muhyiddin Yassin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon Melayu dalam Kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu tidak ada kaitan dengan isu perkauman.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, PN membuat keputusan untuk menampilkan Khairul Azhari Saut kerana permintaan majoriti pengundi yang mahu pembangkang memberi peluang kepada calon pemimpin Melayu.

"Dari segi logiknya, di sini ada 47 peratus Melayu, 30 peratus pengundi Cina, India (18 peratus) dan lima peratus lain-lain termasuk Orang Asli.

"Andai dicongak kasar, jika pengundi Melayu keluar lebih 80 peratus, kita menang," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Komuniti Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.

Pada masa sama Muhyiddin yakin PH akan menang dalam PRK berkenaan. 

"(Boleh menang) 110 peratus. Saya boleh kata itu bukan? Tidak mengapa, dia yakin, saya pun yakin. Namun penentunya bukan saya atau dia (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana kami bukan pengundi di sini.

"Mungkin Ahmad Zahid berkata demikian kerana berdasarkan keputusan lepas (PH menang kerusi itu pada PRN Selangor), namun itu sudah berlalu dan pilihan raya ini berlangsung dalam suasana baharu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang yakin 100 peratus kemenangan akan berpihak kepada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili PH pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. - Getaran, 27 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

3

Politik 1 minggu yang lalu

Kembar Teruja Dapat Mengundi, Tak Sangka Calon PH Juga Ada Pasangan Kembar

4

Politik 1 minggu yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN