web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Cubaan Lemahkan Semangat Juang Jentera PH, Guna Surat Layang Sebar Fitnah

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2024 12:22PM

Pengarah Strategi PKR Selangor, Saifuddin Shafi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada pihak dikesan cuba melemahkan semangat juang jentera Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Mendedahkan perkara ini, Pengarah Strategi PKR Selangor, Saifuddin Shafi berkata, fitnah jahat berkenaan sudah tersebar, malah pernah dilaporkan media sebelum ini.

Katanya, dakwaan tersebut turut disertakan dengan surat layang yang dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Ada pihak mendakwa PKR Selangor tidak turun membantu kempen PRK KKB. Mereka juga mendakwa peluang calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao untuk menang akan terjejas kerana ketiadaan sokongan PKR.

“Jika ini benar, mengapa tiada langsung aduan seumpamanya sampai ke bilik gerakan? Yang ada setakat ini cuma surat layang oleh individu penakut kerana tidak menamakan diri,” katanya, sinis.

Tegas Penyelaras DUN Batang Kali itu kepada Getaran, perjalanan kempen Sock Tao menerima sokongan padu semua komponen Kerajaan Perpaduan, termasuk UMNO - Barisan Nasional (BN).

Jentera Kerajaan Perpaduan tambahnya, agresif menyantuni pengundi dari rumah ke rumah, malah menganjurkan ceramah kelompok sekurang-kuranngya tujuh lokasi setiap hari.

“Saya menyelaras DUN Batang Kali dan berada di sini. Saya hadir di hampir semua mesyuarat jentera termasuk aspek teknikal. 

“Tak pernah sekali saya dengar sesiapa bangkitkan isu ada parti tak buat kerja. Kalau awak nak tahu, jentera UMNO-BN sendiri berikan kerjasama yang cukup padu, sekali ganda daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas,” katanya.

Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Amirudin memberitahu, pihaknya menyusun jadual pergerakan calon dengan penuh sistematik bagi memastikan ia melibatkan semua parti.

“Kita mahu calon PH menyantuni semua kaum dan untuk itu, kita ada jentera di semua kawasan ditetapkan. Semua jentera ini saling bekerjasama, khususnya apabila ada ceramah melibatkan pemimpin parti komponen,” katanya.

Beliau menarik perhatian, strategi digunakan nyata berhasil mengukuhkan semangat juang jentera  Kerajaan Perpaduan.

“Kerana strategi ini, semuanya tampil bersemangat dan penuh disiplin. Insya  Allah momentum ini akan berterusan,” katanya.

PRK DUN KKB diadakan susulan kematian penyandang, Lee Kee Hiong, 58 akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada PRN Selangor tahun lalu, Kee Hiong dari DAP mempertahankan kerusi KKB dengan majoriti 4,119 undi dalam saingan tiga penjuru antara PN, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Mendiang berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Kuala Kubu Bharu sejak 2013. - Getaran, 8 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan