web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mualaf Kongsi Cabaran Berpuasa

Ikuti kisah beberapa orang mualaf di Melaka dan cabaran mereka berpuasa pada bulan Ramadan ini.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 9:15AM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun bukan pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan, ia tetap menjadi cabaran buat mualaf yang hanya ingin dikenali sebagai Echa untuk memastikan beliau dapat menunaikan rukun Islam ketiga itu dengan sebaiknya selain turut melaksanakan ibadah lain seperti solat fardu dan tarawih.

Suri rumah berusia 24 tahun itu berkata cabaran berkenaan lebih dirasai apabila beliau perlu berpuasa dalam keadaan sarat mengandung dan menghidap gastrik tetapi ia bukan penghalang buatnya yang teruja menunaikan ibadah berkenaan bersama suaminya yang merupakan seorang Muslim.

"Saya memang hidup dan tinggal dalam komuniti Melayu dan Islam...sebelum ini juga saya selalu berpuasa pada bulan Ramadan bersama kawan-kawan Islam tetapi banyak perbezaan atau kelainan ketika berpuasa sebagai Muslim dan sebelum memeluk Islam.

"Apabila sudah memeluk Islam, puasa merupakan satu daripada rukun Islam yang perlu saya tunaikan sebaik mungkin, tetapi ada kalanya saya hanya dapat berpuasa separuh hari sahaja ekoran keadaan kesihatan," katanya yang memeluk Islam pada Oktober tahun lepas selepas mendapat mimpi yang ditafsirkannya sebagai hidayah untuknya berhijrah kepada Islam.

Echa berkata sebelum penghijrahannya daripada seorang penganut Buddha kepada Islam, beliau pernah bermimpi berada di kawasan lapang dan bersama ramai orang yang berpakaian serba putih.

Beliau berkata dia bernasib baik kerana penghijrahannya itu mendapat bimbingan daripada suami yang dinikahinya selepas memeluk Islam selain sering melibatkan diri dengan program dakwah atau berkaitan Islam dalam usaha meningkatkan ilmu dan pemahamannya tentang agama itu dengan lebih jelas.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sementara itu, saudara baharu yang ingin dikenali sebagai Muhammad, 29, berkata beliau tertarik untuk memeluk Islam selepas sering didedahkan dengan pelbagai kisah berkaitan nabi oleh seorang kenalannya di tempat kerja sejak dua tahun lepas.

Pekerja di sebuah kilang di sini berkata daripada kisah yang didengarinya itu, beliau kemudian membuat pembacaan yang lebih terperinci daripada pelbagai sumber untuk mencari bukti sahih mendalami keindahan Islam.

"Bukan mudah untuk saya sebagai seorang penganut Kristian sebelum ini membuat keputusan memeluk Islam. Banyak juga halangan yang saya terpaksa lalui terutama apabila penghijrahan saya ini tidak mendapat restu keluarga dan tidak disenangi rakan-rakan.

"Tetapi alhamdulillah berkat doa yang tidak pernah putus, akhirnya keluarga kini dapat menerima keputusan saya dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari untuk saya benar-benar menjadi seorang Muslim yang baik," katanya yang memeluk Islam pada Disember tahun lepas.

Mengulas tentang ibadah puasa sebagai seorang mualaf baharu, beliau bersyukur dapat menjalani ibadah berkenaan yang kini telah memasuki hari ke-13 dan berharap dapat berpuasa penuh tanpa sebarang ujian. 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada saudara baharu yang mahu dikenali sebagai Muhamad, 29, (tengah) pada Majlis SWM Environment Kasih Santun Ramadan. Gambar: Bernama
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada saudara baharu yang mahu dikenali sebagai Muhamad, 29, (tengah) pada Majlis SWM Environment Kasih Santun Ramadan. Gambar: Bernama

Terdahulu, kedua-dua mualaf berkenaan ditemui pada Majlis SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Kasih Santun Ramadan bagi meraikan golongan mualaf di Melaka yang disempurnakan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka Nur Caren Chung Yock Lan di sini hari ini.

Mohd Norlisam berkata sebanyak 10 mualaf baharu menerima sumbangan berupa beras, barangan keperluan, sejadah dan al-Quran dan ia merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk meraikan golongan berkenaan.

"Ramadan kali ini merupakan yang pertama dilalui golongan mualaf berkenaan dalam hidup mereka dan sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan kepada mereka," katanya. - Bernama

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 19 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN