web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:21AM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz di sini semalam - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz di sini semalam. 

Mesyuarat itu merupakan aktiviti mingguan Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat dengan Perdana Menteri dalam urusan serta isu berkaitan kerajaan. 

Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa di Dewan Santapan Besar istana tersebut. 

Turut berangkat ke majlis berbuka puasa itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda Seri Paduka termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

Selain itu, majlis turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan. 

Sebelum itu, Perdana Menteri turut bertemu dengan lebih 3,000 penjawat awam negeri ini di Kompleks Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, bagi menyampaikan amanat beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 30 minit yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 16 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi