web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jennifer Lopez Putus Tunang Dengan Alex Rodriguez? (Kemaskini)

Desas-desus perkhabaran J.Lo dan Rodriguez sudah tidak sehaluan setelah empat tahun bersama. Apakah benar?

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 4:08PM

Gambar: Angela Weiss/ AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jennifer Lopez (51) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, J.Lo sudah memutuskan pertunangan selama dua tahun bersama bekas pemain bola besbol New York Yankees, Alex Rodriguez (45).

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan ini sudah pun sah berpisah beberapa minggu lalu, lapor CNN.

“Nampaknya mereka tidak akan kembali bersama semula,” ujar sumber berkenaan, menambah informasi yang Rodriguez kelihatan keluar bersosial tanpa J.Lo di sisi, seperti kebiasaannya. 

 Gambar: Instagram @jlo
Gambar: Instagram @jlo

Tidak jelas sebab mengapa mereka berpisah, TMZ melaporkan J.Lo dan Rodriquez berpisah Jumaat yang lalu (5 Mac 2021). 

Kali terakhir mereka berdua dilihat bersama pada bulan lalu di Dominican Republic, semasa J.Lo menghadiri sesi penggambaran filem terbaharunya. 

Pada Khamis, J.Lo menghantar sebuah video di laman Instagramnya, dengan kapsyen, “Cari alasan untuk ketawa hari ini.”

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, pasangan ini menafikan khabar angin yang menyatakan mereka sudah putus tunang.

Menurut laporan AFP, kedua-dua figura ini mengesahkan mereka masih lagi bersama serta menyatakan bahawa berita tentang perpisahan mereka itu adalah ‘tidak tepat’.

Terdahulu, Rodriguez melamar untuk bertunang dengan J.Lo pada Mac 2019 di Bahamas setelah dua tahun berpacaran. 

Pasangan ini pernah merancang mengadakan majlis perkahwinan awal 2020, sebelum pandemik COVID-19 mula membadai dan sudah membeli rumah agam di Miami yang berharga US$40 juta. – Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara