web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah 

Ditanya adakah kumpulan itu berkecil hati kerana sering dibandingkan dengan 'girl group' terkenal saat ini iaitu Dolla, mereka tersenyum. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 10:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun belum debut di industri hiburan tanah air, namun kemunculan girl group terbaharu The Gadys telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pengguna laman sosial yang mengkritik nyanyian mereka sebagai ‘sumbang’ di samping membandingkannya dengan kumpulan yang sedia ada.

Tidak patah semangat, The Gadys yang terdiri daripada Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini menyifatkan segala reaksi dan maklum balas daripada pendengar adalah teguran untuk menambah baik kekurangan diri.

“Kecaman itu perkara biasa dan kami ambil teguran itu untuk tambah baik mana yang perlu. Kami juga masih belajar dan mengikuti kelas vokal untuk memastikan kami menyanyi dengan teknik yang betul. Dalam sesi itu juga kami diajar bagaimana untuk menyesuaikan suara kami masing-masing dengan lagu yang dibawa,” kata Nelissa kepada Getaran baru-baru ini.

Ditanya adakah kumpulan itu berkecil hati kerana sering dibandingkan dengan girl group terkenal saat ini iaitu Dolla, mereka tersenyum. 

“Sebenarnya kami tak rasa bersaing dengan mana-mana girl group. Namun jika mereka membandingkan, kami menghargainya dan merasakan ia sebagai satu pujian kerana  kemunculan kami yang masih baru ini sudah disedari.

“Bagi kami, setiap girl group memiliki keunikan masing-masing yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pendengar. Mereka boleh pilih sesiapa pun yang mereka mahu,” kata mereka yang turut meminati kumpulan legenda wanita seperti Feminin dan Elite.

Menurut mereka lagi, The Gadys memiliki aura tersendiri memandangkan masing-masing disatukan atas dasar persahabatan. Bukan sahaja cantik dan boleh menyanyi, namun keempat-empat orang ahli ini juga sudah bergelar pelakon baik drama mahupun pementasan teater.

“Bila sebut The Gadys, kami menampilkan sebuah kumpulan yang penuh warna-warni dan bukannya berimej seksi. Jika lihat daripada penampilan kami sekalipun, kebiasaannya kami akan mengenakan warna yang sama. Jika tidak, kami akan pastikan pattern baju yang kami pakai serupa seperti dalam video-video kami di laman sosial. 

The Gadys bakal menerbitkan lagu debut mereka pada awal Ogos tahun ini. Semoga berjaya diucapkan. - Getaran, 26 Mei 2022

Gambar: Instagram The Gadys

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Muzik 5 bulan yang lalu

Tak Serik Kena Kecam, The Gadys Tampil Dengan Lagu Raya

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

The Gadys Akui Koyak Dengan Kecaman Netizen, Tak Berani Baca Setiap Komen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara