web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Nasihat Berehat Dari Menyanyi, Ramlah Ram Akur Suara Pinjaman Tuhan 

Dalam tempoh beberapa minggu ini, Ramlah mengakui enggan menerima sebarang jemputan persembahan dan berehat secukupnya untuk Konsert Tribute Ahmad Nawab yang bakal diadakan bermula 1 Julai. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 11:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi bertaraf lagenda Ramlah Ram mengakui sedikit gusar apabila doktor memintanya untuk berehat seketika daripada membuat persembahan nyanyian bagi mengelak refluks asid yang dihadapinya menjadi lebih teruk sehingga mencederakan kotak suara.

Bermula daripada gastrik, ia rupanya memberikan kesan yang lebih teruk apabila ia menyebabkan refluks asid yang membuatkan kawasa sekitar kotak suaranya menjadi merah. Doktor kemudian menasihati penyanyi 'Diam Diam Jatuh Cinta' ini untuk berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

“Doktor minta saya berehat daripada membuat persembahan sekurang-kurangnya dua minggu. Bila saya nyanyi, sebenarnya saya sedang paksa suara saya keluar. Namun saya masih di tahap yang biasa. Cuma sekiranya saya tidak dirawat dan keadaan menjadi makin teruk, saya mungkin akan berisiko dibedah.

“Kalau boleh kita elak daripada sampai ke tahap itu. Sebab jika sudah dibedah. Doktor tak dapat jamin suara kita akan sama seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media 'Konsert Tribute Ahmad Nawab' di Istana Budaya.

Selain mengambil ubat yang disarankan doktor untuk meneutralkan gastrik, Ramlah turut berpantang menjaga pemakanannya dengan lebih ketat.

“Saya memang sudah berbulan tidak makan makanan yang berminyak dan pedas. Saya juga elak untuk makan dan minum hidangan yang ada angin,” katanya.

Dalam tempoh beberapa minggu ini, Ramlah mengakui enggan menerima sebarang jemputan persembahan dan berehat secukupnya untuk 'Konsert Tribute Ahmad Nawab' yang bakal diadakan bermula 1 Julai. 

“Saya akui yang suara ini hanyalah pinjaman Tuhan dan Dia boleh tarik bila-bila masa sahaja. Saya hanyalah insan terpilih yang dikurniakan suara dan bakat. Saya cuma pasrah dan berdoa apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Ramlah Ram bakal menyertai persembahan yang akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Turut sama memeriahkan konsert tribute itu nanti ialah Wany Hasrita, Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim dan ramai lagi. - Getaran, 15 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara