web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


“Jika Dipermudah, Saya Bakal Kahwini Yasmin Hani Tahun Ini”- Alif Hadi

Hubungan Alif dan Hani menjadi rapat apabila masing-masing terlibat dengan penggambaran drama The Hotel sekitar tahun 2021.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 2:05PM

Yasmin Hani dan Alif Hadi - Gambar dari Instagram Alif Hadi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Alif Hadi tidak menafikan desas-desus bakal membawa status perhubungan percintaannya bersama Yasmin Hani ke gerbang perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung tahun ini.

Masih berahsia mengenai tanggal keramat majlis itu nanti, pemilik nama sebenar Muhammad Alif Abdul Hadi bagaimanapun merasakan tidak ada salahnya jika niat baik itu dipercepatkan apatah lagi mengambil kira status Yasmin Hani sebagai seorang ibu tunggal.

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan dipermudahkan (akad) akan berlangsung tahun ini. Saya tak menafikan perkara itu. 

“Kalau boleh tahun ini sebab lagi cepat lagi bagus. Tak manis juga orang asyik lihat kami selalu keluar bersama apalagi status Hani sebagai ibu tunggal. 

“Boleh dikatakan sekarang ialah fasa ke arah itu (berkahwin) dan juga mengenali hati budi Yasmin Hani,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Kang Cheong baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelakon Bulan dan Pria Terhebat itu juga mengerti untuk menjadi pendamping Yasmin Hani, dia mestilah memenangi hati kedua-dua anaknya iaitu Noah Ismail dan Eissa Elzander.

“Bagi saya apa yang penting ialah perasaan anak-anak kerana kadangkala mereka tak tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan mereka. 

“Hani pun baru sahaja bercerai. Jadi saya perlu ambil kita apa yang anak-anak rasakan rasa jika melihat ibu mereka keluar dengan orang lain. 

“Alhamdulillah sekarang penerimaan mereka terhadap saya semakin baik. Sebenarnya saya suka budak-budak. Nak ‘tackle’ mereka tak susah asalkan tahu dia suka apa dan rajin melayan mereka. 

“Kadang saya ambil mereka pergi sekolah atau hantar main bola. Cuba meringankan beban Hani yang adakalanya sibuk bekerja. Saya akan bantu ambil anak-anakya bawa mereka pergi makan. 

“Kadangkala terlanjur juga mereka panggil saya papa,” katanya ketawa.

Hubungan Alif dan Hani menjadi rapat apabila masing-masing terlibat dengan penggambaran drama 'The Hotel' sekitar tahun 2021. Mereka kemudian dilihat saling berkongsi gambar kemesraan mereka dan anak-anak di laman Instagram.

Terdahulu, Yasmin pernah berkahwin dengan Sha'arin Mohamed Razali pada tahun 2011 sebelum masing-masing sepakat untuk bercerai dan mengumumkan perpisahan mereka tahun lalu. - Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara