web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbicaraan Saman Zarina Anjoulie Lawan Fara Mendoza, Bermula Esok

Zarina disaman pada Januari 2020 dan mediasi pada bulan lepas gagal capai penyelesaian. Pelakon itu menyaman balas RM3 juta.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2022 8:00PM

Kes saman fitnah melibatkan Fara Mendoza (kiri) terhadap pelakon Zarina Anjoulie akan ditentukan melalui perbicaraan di Mahkamah esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes saman fitnah melibatkan Norfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza terhadap pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul akan ditentukan melalui perbicaraan di Mahkamah Sesyen Seremban bermula Selasa, 20 September ini.

Kes saman ini adalah berhubung penyebaran gambar dan video yang didakwa berunsur fitnah yang didakwa dimuatnaik oleh defendan (Zarina) di laman media sosial instagram. 

Zarina dibenarkan membuat pembelaan untuk membatalkan penghakiman yang difailkan Fara berhubung  dakwaannya bahawa defenda telah  membuat fitnah ke atas dirinya.

“Perbicaraan akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 September bermula pukul 2.30 petang pada hari Selasa, dan pukul 8.30 pagi pada hari Rabu.

 “Perbicaraan tersebut akan bermula dengan Fara Mendoza akan menjadi saksi pertama,” kata Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors, selaku peguam utama selebriti media sosial itu.

Perbicaraan akan berlangsung itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata persetujuan agar kes tersebut diselesaikan secara mediasi.

Fara Mendoza - Gambar dari Instagram Fara Mendoza
Fara Mendoza - Gambar dari Instagram Fara Mendoza

Nurul Hafidzah yang juga wakil peguam Zarina berkata, anak guamnya itu konsisten dengan pendirian bahawa dia tidak pernah memuat naik gambar atau video yang berunsur fitnah terhadap Fara Mendoza seperti yang didakwa pihak tertuduh.

Zarina, sebelum ini, pada tahun 2020, berjaya membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Norfaralinah di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Ini berikutan dakwaan yang beliau tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan yang peguam terdahulu yang dilantik telah membela nasibnya. Difahamkan,  peguam terdahulu pelakon itu telah diserang strok dan firma guaman beliau telah pun ditutup.

Setelah mendapat pengesahan dari mahkamah yang terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya, Zarina telah melantik peguam Nurul Hafidzah untuk mewakili beliau. 

Melalui pasukan peguam yang baru, Zarina membuat tuntutan balas ke atas saman sivil Norfaralinah. Beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi menghalang Norfaralinah daripada membuat kenyataan-kenyataan fitnah pada masa hadapan. 

Zarina Anjoulie - Gambar fail
Zarina Anjoulie - Gambar fail

Selain itu, Zarina menuntut agar Norfaralinah menarik balik kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dibuat dan membuat permohonan maaf. Beliau juga menuntut kos tindakan dan lain-lain relif yang dianggap sesuai dan bermanfaat oleh mahkamah. 

Peguambela Nurul Hafidzah berkata yang anak guam Zarina Anjoulie menafikan dakwaan plaintif dan percaya sebenarnya plaintif yang telah memfitnah beliau.   

“Kesemua fakta akan dibuktikan semasa hari perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Zarina sebelum ini menyaman pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose setelah mendakwa beliau difitnah di aplikasi media sosial Telegram. - Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara