web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fouziah Gous Pertahankan Gelaran ‘Datuk’ Suami

"Kami tidak perlu menjawab sebarang persoalan berkenaan dakwaan mengenai bukti gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki suami saya Datuk Zhafran Md. Yusof."

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:03PM

Fouziah Gous bersama suaminya Zhafran Md. Yusof - Gambar Instagram Fouziah Gous

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kami tidak perlu menjawab sebarang persoalan berkenaan dakwaan bukti gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki suami saya, Datuk Zhafran Md. Yusof.” 

“Ada pihak pula yang cuba mempertikaikan gelaran ‘Datuk’ yang disandang suami saya kerana namanya tiada dalam sistem rekod istiadat,” tegas pelakon yang juga usahawan, Datin Fouziah Gous menafikan dakwaan itu.

Menurut Fouziah,  kurniaan gelaran ‘’Datuk tersebut  tersebut diterima daripada pihak Istana Pahang sekitar tahun 2016 dan suaminya telah menghadiri majlis pengurniaan tersebut  pada hujung 2017.

Katanya, dakwaan sedemikian itu tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan dia mempunyai segala bukti berkaitan seperti watikah pelantikan yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada suaminya.

“Sebenarnya, saya tidak kisah pun pasal gelaran ini, dan saya turut minta suami saya untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.

“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem, kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah, pasti kena ada adab.

“Malah, saya saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu namun nama mereka tidak tersenarai dalam sistem,” katanya kepada Getaran ketika ditemui selepas program 'Bicara Inspirasi Nona'. 

Tambah Fouziah lagi, sekiranya pingat kebesaran tersebut adalah palsu tidak mungkin gelaran mereka boleh digunakan untuk tujuan rasmi seperti di kad pengenalan diri dan juga pasportnya.

Menurut bekas pengacara program Nona itu, bukan mudah untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk membuat sebarang dokumen rasmi dengan butiran palsu.

“Kalau gelaran suami saya palsu seperti dakwaan pihak tersebut, ingat senang-senang gelaran itu boleh diletakkan dalam dokumen rasmi. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa boleh digunakan?

“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan, macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?

“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit, ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih,” ujar selebriti yang berusia 38 tahun ini. 

Dalam pada itu, pelakon drama 'Alam Maya' itu, turut mengakui berasa terkilan dan sedih dengan dakwaan pihak media yang mengatakan bahawa dia hanya membisu berkenaan isu ini selama tiga hari.

“Saya pelik dengan tajuk ‘membisu’ oleh pihak media yang mendakwa saya tidak memberi respon selama tiga hari berturut-turut. 

“Saya mengaku bahawa ketika wartawan tersebut menghubungi saya pada hari pertama itu, saya tidak dapat menjawab kerana  berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan.

“Namun wartawan terbabit, tidak menghubungi saya pada hari ke seterusnya,  saya boleh tunjuk bukti. Jadi, jangan menipu dan berputar belit benda yang tak wujud.

“Sebagai media yang diiktiraf, usah memaparkan maklumat yang tidak betul di muka depan yang mampu memberi perspektif negatif kepada orang ramai,” tegasnya.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu dibangkitkan netizen terhadap ahli perniagaan popular, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman juga suami kepada penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi sehingga tular dan mendapat liputan beberapa portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus susulan perkongsian individu dalam Facebook yang mempertikaikan gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi kerana tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Ekoran daripada itu, nama suami Fouziah dan Datin Paduka Eina Azman turut terpalit dalam isu tersebut. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara