web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Hampir 3 Tahun, Priyanka Yang Kini Bergelar Ibu Bakal Pulang Ke India

Sama ada kepulangannya disebabkan kerja atau sebaliknya, ramai tertanya apakah Priyanka bakal pulang bersama anaknya, Malti? 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 8:03PM

Sejak bergelar ibu, Priyanka belum lagi pulang ke kampung halamannya di India. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak berkahwin dengan Nick Jonas pada 2018, aktres Bollywood, Priyanka Chopra banyak menghabiskan masa di Amerika Syarikat. Selepas hampir tiga tahun, akhirnya Priyanka akan pulang ke tanah airnya di India. 

Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Priyanka menerusi platform media sosialnya. Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Insta Stories, Priyanka telah berkongsi keterujaan untuk pulang ke India. 

Gambar Instagram Priyanka Chopra
Gambar Instagram Priyanka Chopra

Bahkan, dia turut menyertakan sekali tiket penerbangan ke Mumbai untuk memberitahu bahawa dia benar-benar akan pulang.

Priyanka turut menulis kapsyen: “Akhirnya… pulang ke rumah. Selepas hampir tiga tahun (dengan menyertakan emoji emosi dan hati),” katanya. 

Kepulangannya kali ini agak berbeza kerana Priyanka kini sudah pun bergelar ibu kepada cahaya mata perempuan yang bernama Malti Marie Chopra Jones. Priyanka menerima kehadiran bayinya itu menerima ibu tumpang. 

Namun, tidak pasti pula kalau dia akan membawa anaknya itu pulang ke India. Tapi, ibu mana yang mampu berjauhan dengan anaknya kan? 

Gambar Instagram Priyanka Chopra
Gambar Instagram Priyanka Chopra

Tidak dapat dipastikan juga sama ada kepulangan Priyanka ke India ini adalah disebabkan kerja atau tidak. 

Namun, dia bakal membintangi filem terbaharu Farhan Akhtar, Jee Le Zara bersama Alia Bhatt dan Katrina Kaif. 

Akan tetapi, penggambaran filem itu juga tidak dapat dimulakan secepatnya kerana Alia Bhatt kini sarat mengandung dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Bahkan, laporan juga mengatakan bahawa kelewatan filem itu adalah disebabkan kondisi Alia. – Getaran, 1 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara