web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ini Senarai 11 Artis Terjun Ke Dunia Politik

Semakin meriah arena politik tanah air kita ya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:00PM

Eizlan Yusof (kiri), Aishah dan Diva AA antara selebriti yang bakal dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum (PRU). - Gambar Instagram artis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan. Segala keputusan,  bakal menentukan siapakah yang bertanggungjawab  membawa nasib negara lima tahun kehadapan. 

Bahang PRU-15 semakin dirasai tak kiralah dari bendera kempen di sepanjang jalan sehinggalah kepada bahan perbincangan warganet di laman sosial. 

Apa yang menariknya, semakin ramai nama-nama selebriti yang beralih arah bertukar bidang, terjun ke lapangan politik.

Berikut kami senaraikan antara selebriti yang pernah terlibat untuk Pilihan Raya Umum negara.

Aishah

Penyanyi 'Janji Manis Mu' ini pernah bertanding menerusi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan semasa PRU-13 mewakili parti politik PAS. Ketika itu, Aishah menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mewakili Barisan Nasional (BN). Nasib tidak menyebelahi Aishah apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi. 

Anne Ngasri

Pelakon Anne Ngasri tidak pernah bertanding mewakili mana-mana kerusi. Namun begitu, Anne sudah memegang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno sejak tahun 2013 memandangkan suaminya merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno. Tahun ini Anne menawarkan diri membantu jentera parti Barisan Nasional untuk kempen sempena PRU-15.

Dira Abu Zahar

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Pelakon yang juga merupakan anak kepada mantaKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar ini menyertai Puteri UMNO dan menjadi Exco Tangga Batu sejak 2017. Tahun lalu, Dira menjadi selebriti pertama yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mengalahkan dua calon lain  dengan 4,037 undi.

Herman Tino

Pada PRU-13, penyanyi Herman Tino bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas menggunakan lambang bunga raya. Keinginannya didorong rasa kecewa penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan parti politik ketika itu. Herman bagaimanapun sudah muak dan tidak ingin lagi terjun ke dunia politik selepas itu.

Altimet

Daripada bergelar seorang penyanyi rap, Altimet terjun ke arena politik dengan menyandang jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Ampang. Namun begitu, dia menolak untuk menjadi calon PRU-15 kerana belum bersedia menggalas tanggungjawab itu dan masih mahu banyak belajar.

Azwan Ali 

Selebriti yang selalu membikin kontroversi ini mula terjun ke lapangan politik sejak PRU-14 menerusi calon bebas menentang abangnya sendiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Namun rezeki tidak berpihak kepadanya. Kali ini, Azwan Ali sepatutnya bertanding lagi, namun menarik diri setelah bermimpi arwah ibunya iaitu Mak Tom yang menasihatinya untuk tidak bertanding.

Afdlin Shauki 

Datuk Afdlin Shauki tidak berselindung mengenai status dirinya yang merupakan ahli bagi parti PKR. Pada April, dia juga menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan PKR 2022.

Hans Isaac 

Datuk Gerald Hans Isaac yang merupakan ahli PKR sebelum ini pernah bersaing untuk PKR Cabang Ampang yang dimenangi Altimet. Namun begitu beza undi mereka tidaklah terlalu jauh, Altimet mendapat 743 undi manakala Hans Isaac mendapat 734 undi.

Eizlan Yusof

PRU-15 juga menyaksikan Datuk Seri Idris Md Yusof atau lebih dikenali Eizlan Yusof bertanding mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) bagi kerusi cawangan Parlimen Sabak Bernam. Eizlan berkata keputusannya untuk terjun ke dunia politik adalah bagi membela bangsa dan tanah air tercinta.

Ahmad Idham

Dr Ahmad Idham Mohd Nazri juga bakal bertanding untuk parlimen Port Dickson mewakili Gerakan Tanah Air (GTA). Dia sudah pun memulakan kempen dan menyantuni rakyat Port Dickson bermula minggu pertama kempen. Ahmad Idham hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson ditemani isteri, anak dan ibu bapanya.

Lando

Mesti ada masih ingat dengan pelakon ini. Azlan Sani atau Lando turut terjun ke arena politik atas tiket Pejuang. Namun, Lando mendedahkan dia bukanlah ahli parti itu. Lando hanya ingin memperbetulkan sistem serta membantu penduduk setempat khususnya jalan berlubang di kawasan kampung Parlimen Tanjong Karang. 

Lando bakal berentap bersama-sama Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof (BN), Datuk Dr Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin yang mewakili Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 17 November 2022

Semoga berjaya diucapkan kepada semua!

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara