web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Telah Lalui Pelbagai Zaman Dan Tampuk Kerajaan, Saya Berhak Ulas Masa Depan Negara - Azhar Sulaiman 

Pelakon senior itu juga menegaskan bahawa semua golongan rakyat negara ini berhak memberi ulasan berkenaan isu politik negara tidak kira apa sekalipun bidang pekerjaan mereka.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 6:00PM

Azhar Sulaiman - Gambar Instagram Azhar Sulaiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon senior, Azhar Sulaiman menegaskan bahawa semua golongan rakyat negara ini berhak memberi ulasan berkenaan isu politik negara tidak kira apa sekalipun bidang pekerjaan mereka.

Bahkan, sebagai seorang yang diiktiraf sebagai warganegara Malaysia, rakyat di negara ini mempunyai hak untuk mengulas berkenaan masa depan negara ini.

“Sebagai anak Malaysia, semua punya hak untuk bersuara dan melontarkan pandangan demi masa depan negara, tidak ketinggalan anak seni dan juga golongan  dalam industri filem ini.

“Mereka juga mempunyai wawasan dan misi tersendiri dalam menyalurkan pandangan berkaitan isu semasa yang memberi manfaat kepada kepentingan awam. 

“Saya sebagai seorang yang berpengalaman dan telah melalui pelbagai zaman serta banyak tampuk kerajaan, saya rasa saya lebih berhak memilih dan mengulas masa depan negara ini,” katanya.

Azhar Sulaiman
Azhar Sulaiman

Bintang filem popular era 90-an itu berkata, penerimaan masyarakat sekarang itu membuktikan anak seni semakin celik dengan isu semasa untuk bangkit sama berjuang demi masa depan bangsa, agama dan negara.

“Sekarang bukan seperti zaman-zaman dulu yang hanya penganalisis mampu memberi ulasan dan pandangan mereka berkenaan hal politik negara.

“Kini banyak dah berubah, zaman ini zaman teknologi dimana, semua maklumat di hujung jari kita, lebih-lebih lagi di media sosial kita mampu mempengaruhi pendapat seseorang individu.

“Jadi kita memanfaatkan peluang itu memberi pendedahan berkenaan pelbagai perkara, termasuk isu semasa dan politik.

“Selain itu, kita sebagai penerima impak daripada pemilihan kerajaan, saya rasa kita lebih berhak bersuara berkenaan isu politik ini, sebab at the end of the day, we as the people yang akan menerima kesan akibat politik baik atau buruk yang dibentuk,” tegasnya.

Dalam pada itu, Azhar yang sememangnya ahli politik parti UMNO itu berkata, kadang kala pendapat yang dikongsikan di laman sosial mewakili suara dan perasaan orang lain.

“Sebagai media sosial ‘player’, yang komen fasal isu semasa seperti ramai di luar sana, jadi apabila saya memberikan komen tentang isu politik, kadangkala ianya mewakili pendapat orang lain juga.

“Jadi kadang kala komen kita tidak 100 peratus pandangan kita, ianya mungkin pandangan ratusan rakyat biasa yang ingin dilontarkan,” ujarnya. – Getaran,  1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

4 bulan yang lalu

Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara