web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Memilih, Tapi Sharnaaz Ahmad Akui Lebih Selesa Digandingkan Dengan Pelakon Berpengalaman

Kata Sharnaaz, apabila jurang kualiti pelakon lama dengan baharu terlalu jauh, keadaan itu akan menimbulkan pelbagai masalah dan tidak akan menjadi kerana kualiti mereka tidak setara.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 5:15PM

Sharnaaz Ahmad - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tidak menafikan bahawa dia kini lebih memilih watak dan pasangan berlakon supaya kualiti on screen tidak terjejas.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, berkata, dia lebih selesa dengan gandingan bersama pelakon yang berpengalaman bagi memudahkan dirinya lebih fokus ketika beraksi di hadapan kamera.

“Jangan gandingkan pelakon yang sudah lama dan berpengalaman dalam industri dengan mereka yang masih fresh kerana perkara itu akan menimbulkan masalah.

“Bukannya nak kata memilih sangat tapi bila kita lihat, seorang pelakon berpengalaman berganding dengan pelakon baharu, chemistry dia takkan sampai. 

“Bukan hanya keserasian mereka, reputasi pelakon lama akan terjejas kerana terpaksa ‘tone down’ kualiti lakonan supaya tidak terlebih membayangi pelakon baharu.

“Pengarah dan stesen televisyen perlu gandingkan hero dan heroin yang setaraf supaya mereka boleh sama-sama membantu untuk menghasilkan lakonan yang bagus.

“Apabila jurang kualiti pelakon lama dengan baharu terlalu jauh, keadaan itu akan menimbulkan pelbagai masalah dan tidak akan menjadi kerana kualiti mereka tidak setara,” katanya kepada Getaran.

Sharnaaz yang ditemui ketika majlis sidang media program realiti The Masked Singer Malaysia di sini, semalam.

Menurut Sharnaaz, ada pelakon dipilih dalam kalangan pempengaruh media sosial (influencer) kerana faktor populariti.

Katanya, pempengaruh perlu sedar ruang dan peluang untuk berada di tempat mereka sendiri sekali gus memanfaatkan perkara itu sebaiknya sebelum melompat ke media aliran umum (mainstream).

“Kalau kau bagus dalam TikTok, kau duduk dalam TikTok sahaja. Tidak perlu pergi ke mainstream kerana itu bukan tempat atau ‘level’ kau, bukan padang dan bukan jiwa kau.

“Pastikan kau bagus dekat tempat (media sosial), orang akan sanjung kau. Tapi bila kau mula masuk tempat orang lain iaitu drama, orang akan mula menilai, boleh berlakon ke?

“Macam Ryan Bakery, dia bagus. But just stay where your area, make sure kau bagus dan hebat dekat tempat itu. Contoh kalau dia masuk tempat lain seperti drama dan bagainya, orang akan mula menilai kau, boleh berlakon ke?” ujarnya.

Jelas Sharnaaz lagi, stesen televisyen perlu bijak dan memikirkan keseluruhan impak sebelum memilih ‘influencer’ untuk dijadikan pelakon atas dasar populariti mereka. – Getaran, 16 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

'Mamu' Bebas Tuduhan Cederakan Pengawal Keselamatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara