web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

Itu ikrar dan janji Sharnaaz Ahmad selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, membebaskannya daripada pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 8:39PM

gambar Instagram Sharnaaz Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menerusi hantaran video di Instagramnya, pelakon Sharnaaz Ahmad melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan atas pertuduhan memukul pengawal keselamatan.

Malah, beliau berjanji tidak akan membuat sebarang masalah lagi selepas ini.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, yang membebaskan Sharnaaz daripada tuduhan memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada 16 Jun 2022.

“Assalamualaikum, saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes saya dengan rapat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang kuat iaitu peguam saya yang menyokong saya sejak tahun lepas.

“Alhamdulillah hari Jumaat, kes saya sudah selesai. Insya-Allah, mamu tak buat hal lagi”, katanya menerusi hantaran video tersebut dengan kapsyen ‘akhirnya mamu bebas’.

Difahamkan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, telah mengemukakan representasi menggugurkan tuduhan itu pada 2 Mei lalu dan selepas Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membuat keputusan berkenaan, wang jaminan turut dikembalikan.

Terdahulu, Sharnaaz dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di pekarangan lif pintu masuk sebuah kondominium di Jalan Dutamas Kuala Lumpur pada 16 Jun 2022.

Pelakon ini didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Getaran, 17 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara