web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Mamu' Bebas Tuduhan Cederakan Pengawal Keselamatan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 12:36PM

Sharnaaz Ahmad (tengah) dilepas dan dibebaskan selepas Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim mendengar hujahan peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili pelakon itu - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan pelakon Sharnaaz Ahmad daripada pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nadia Eleena Jamaluddin Akbal.

“Setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam, mahkamah berpuas hati dan memerintahkan supaya OKS dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan (RM2,000) dikembalikan kepada OKS,” kata Atiqah.

Sharnaaz, yang berbaju kemeja berwarna hitam dan berseluar hitam, kelihatan tenang sepanjang prosiding itu.

Terdahulu, Wan Azmir berkata satu representasi telah dihantar kepada pendakwaan pada 2 Mei lepas dan pihak pembelaan menerima jawapan melalui surat balas bahawa pendakwaan ingin menarik balik pertuduhan terhadap pelakon itu.

TPR Nadia Eleena yang mengesahkan perkara itu berkata beliau mendapat arahan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk kes berkenaan DNAA (dilepas tanpa dibebaskan).

Bagaimanapun, Wan Azmir berkata pihaknya memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan dan bukannya dilepas tanpa dibebaskan kerana pengadu sendiri telah menarik balik kes.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu berhubung penarikan balik kes tersebut. Oleh itu, saya mohon satu keputusan DNA (lepas dan bebas) perlu diberikan kepada Sharnaaz,” katanya yang turut mengendalikan kes bersama seorang lagi peguam Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Pada 18 Jan lepas, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Pelakon drama bersiri “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui media selepas prosiding melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan hari ini.

“Alhamdulillah…walaupun mengambil masa yang agak panjang, tetapi saya bersyukur, lega dan akhirnya saya seorang yang bebas.

“Ia melibatkan soal reputasi dan perjalanan karier saya yang berbelas-belas tahun,” ka ta pelakon itu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'