web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arwah Bapa Sempat Tukar Tarikh Lahirnya Kepada Tarikh Meninggal Dunia Di Facebook - Noki 

Rapper yang terkenal dengan lagu Payung Pelangi ini mengakui Arwah bapanya seakan-akan tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 10:00AM

Noki berkata pemergian arwah bapanya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya. - Gambar dari Instagram Noki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui pemergian arwah bapanya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya, apatah lagi ini adalah  kali pertama dia  kehilangan insan yang cukup terdekat dalam hidupnya.

Bahkan, sehingga ke saat ini, dia berasa amat sedih dan terkilan kerana tidak dapat berjumpa arwah ayahnya, di saat-saat akhir hayatnya.

“Sejujurnya, sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika saya kehilangan arwah ayah saya. Rasanya seperti hilang separuh badan, seakan-akan saya lumpuh,” kongsinya pada Getaran.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 28, ini tetap menyifatkan pemergian bapanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

Jelas Noki lagi, Allahyarham bapanya, mengalami masalah saraf yang dideritainya sejak usia mudanya.

“Arwah memang ada penyakit lumpuh separuh badan dan di kedua-dua kaki dan hanya terlantar atas katil. Bagaimanapun, arwah tiada sebarang penyakit kronik. Tapi, kini arwah sudah boleh berehat di alam sana tanpa perlu menderita lagi,” ujarnya.

Noki berkata demikian ketika ditemui majlis sidang media Fiesto Fest Melaka 2022 baru-baru ini.

Rapper ini turut memberitahu bahawa Allahyarham bapanya, Aji Lee Ahsam, 66, yang meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sipitang Sabah pada 9 Disember lalu, seolah-olah tahu bahawa dirinya bakal meninggalkan dunia yang fana ini  buat selama-lamanya.

“Selama ini, bapa saya tak boleh potong kuku kakinya sendiri tetapi sebelum pergi, semuanya dipotong sendiri. Kemas dan cantik pula tu.

“Malah, dia juga sudah mandi dan buang segala hadas. Proses tersebut memudahkan urusan mandi jenazah. Dia seperti dah tahu.

“Apa yang membuatkan saya dan adik- beradik lain terkejut, bapa saya sempat menukar tarikh lahirnya di Facebook kepada tarikh dia meninggal,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Noki yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya itu berkata, dia akan berusaha mencari kekuatan demi memberi kesenangan buat keluarganya.

“Walaupun saya ini anak bongsu tetapi yang lebih berkemampuan sedikit di dalam keluarga adalah saya. Saya percaya, rezeki yang saya peroleh saat ini, bukan saya yang punya. Ia hanya asbab untuk saya bantu keluarga.

“Itu menguatkan saya sampai sekarang. Saya akan pegang nasihat arwah untuk sentiasa menjaga solat. Daripada solat, kita akan menghindar daripada perkara yang bukan-bukan.

“Meski saya belum sempurna, saya akan perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik,” tambahnya.

Penyanyi, ‘Payung Pelangi’ itu bakal membuat persembahan bersama MK di Fiesto Fest Melaka yang akan diadakan bermula 29 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.

Festival selama empat hari ini sememangnya sarat dengan aktiviti bermanfaat seperti sukan, seni dan budaya serta expo jualan.

Malah, persembahan bunga api juga turut akan diadakan bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2023.

Selain Noki dan MK, antara selebriti tempatan yang turut akan membuat persembahan adalah Asfan Shah, Azlan & The Typewriter, Kristal dan ramai lagi. - Getaran, 27 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Bersemangat Betul Tengok Konsert Anak

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Bapa Mengaku Salah Abaikan 4 Anak, Tinggalkan Di Pondok Pengawal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara