web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bapa Mengaku Salah Abaikan 4 Anak, Tinggalkan Di Pondok Pengawal

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 12:26PM

Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, (kanan) bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal minggu lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal minggu lepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu.

Kamarul Kamil Abd Rifin, 33, didakwa melakukan pengabaian terhadap empat anaknya berusia antara 10 bulan hingga 11 tahun di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan di Kampung Gajah pada 10.44 pagi, 23 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Empat beradik yang ditinggalkan di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan di Kampung Gajah pada 23 November lalu.
Empat beradik yang ditinggalkan di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan di Kampung Gajah pada 23 November lalu.

Individu yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu juga boleh diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan oleh mahkamah.

Hakim Azizah Ahmad menetapkan 6 Februari untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas Kamarul Kamil.

Pada Isnin lalu, polis menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dalam tangkapan berasingan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Kejadian itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan tiga tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata, berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 57 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah