web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Duit Lebih Bermanfaat Untuk Digunakan Untuk Raih Pengalaman - Alasan Utama Afdlin Shauki Jual Koleksi Mainan ‘Rare’ 

Afdlin Shauki juga akui awalnya sedih untuk menjual koleksi barangan permainannya dari era 80-an dan 90-an. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 6:00PM

Afdlin Shauki betul-betul minat dalam mengumpul barangan koleksi permainan sehingga memiliki koleksi yang terlalu banyak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kini, minatnya beralih kepada mencari pengalaman yang baharu, antara salah satu sebabnya untuk menjual barang-barang permainan yang boleh dikategorikan sebagai ‘barangan koleksi’ (collectible items).  

Menurut Afdlin, dia bersedia menerokai pengalaman yang baharu seperti ‘traveling’ selaras dengan usianya yang kini hampir menjangkau separuh abad. 

“Sememangnya, saya betul-betul minat dalam mengumpul barangan koleksi permainan yang cukup tegar serta memiliki koleksi yang terlalu banyak serta ada juga barang saya yang kini sudah menjadi antara koleksi yang ‘rare nak dapat’.

“Minat saya untuk mengumpul ini bermula ketika usia saya masih muda lagi, namun, saya dari keluarga yang susah jadi, ketika saya di bangku sekolah saya tidak mampu untuk membeli.

“Dan apabila saya menamatkan pengajian saya dan bermula bekerja, saya mula mengejar minat saya dalam mengumpul koleksi toys and hot toys ini, sehingga saya tidak sedar, ialah usia muda, kan, minat apapun kita akan usaha berlebihan,” katanya kepada Getaran.

Jelas selebriti popular itu lagi, sememangnya dia sedih ketika berfikir untuk menjual koleksi mainan yang terdiri daripada barang mainan dari awal 80-an, 90-an, sampai sekarang.

Namun Afdlin berkata, kini seiring dengan usianya dia berasa dia perlu meraih pengalaman lain yang lebih berharga. 

“Sejujurnya, memang sedih juga apabila saya bercadang untuk menjual koleksi personal saya ini, sebab, mengumpul toys ini bagi saya sama seperti art collection.

“Lagi pun, bagi segelintir mereka mungkin fikir mengumpul toys  ini merupakan satu hobi, not a cool thing to do, tetapi bagi  saya ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga, dan sehingga kini, saya amat emosi untuk menjual koleksi yang begitu ‘rare’. 

“Namun, setelah saya mula ‘travel’ baru-baru ini saya sedar bahawa ‘money is better spend on experience rather than other thing (duit lebih bermanfaat digunakan untuk meraih pengalaman berbanding perkara lain’, dan itu merupakan alasan utama saya untuk menjual koleksi barangan saya.

“Selain itu, dengan menjual mainan saya ini, saya ingin menolong kepada golongan yang susah menerusi yayasan saya ini, jadi sebahagian daripada hasil penjualan saya ini, saya akan derma kepada yayasan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin yang juga pengarah filem berkata, dia memilih untuk menjual koleksi barangannya di TikTok susulan jumlah penonton kontennya lebih banyak berbanding di platform lain.

“Sebenarnya,koleksi permainan saya ini ada Matrix Original, Lord Of The Rings, Star Wars, Samurai, DC, Marvel, Avatar, robot-robot dan macam-macam lagilah dan ada juga toys yang tak dihasilkan lagi. 

“Jadi, saya memilih untuk jual dekat TikTok, sebab views saya banyak di TikTok berbanding dari media sosial lain, dan bukannya saya tak nak jual dekat e-bay atau Amazon, tetapi saya perasaan bahawa di Tik Tok ini banyak pemburu toys dan pengumpul barangan rare yang betul-betul minat mengumpul. 

“Malah, mereka ada juga yang DM (direct message) saya berkenaan koleksi saya dan ada juga yang datang ke kedai saya terus, setelah saya buat ‘live’ dekat TikTok.

“Itulah sebabnya, saya berfikir untuk menjual koleksi mainan saya di TikTok,” jelas Afdlin. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara