web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Walaupun Digosipkan Bercinta Dengan Ahli The Chainsmokers, Selena Gomez Mati-Mati Kata Dia Single

Drew Taggart telah menjalinkan hubungan dengan Selena selama empat bulan selepas hubungannya dengan anak perempuan bongsu, Steve Jobs iaitu Eve Jobs tidak menjadi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 11:00AM

Selena dan Taggart dilihat meninggalkan sebuah restoran di Soho sambil berpegangan tangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, penyanyi Selena Gomez kerap menjadi tajuk berita yang penuh sensasi. Selain daripada isu berat badannya yang semakin naik, bekas kekasih Justin Bieber ini juga dilaporkan hangat bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan The Chainsmokers, Drew Taggart.

Bahkan, mereka telah dilihat telah keluar bersama dalam keadaan yang cukup mesra sambil berpegangan tangan. Namun, di sebalik gosip tersebut, Selena dalam hantaran di Instasatory miliknya nampaknya cuba menafikan tentang gosip tersebut.

Dengan memuat naik gambar hitam putih landskap gunung bersama imej seorang lelaki yang tidak dikenali: Selena menulis tanda pagar #iamsingle dengan kapsyen: “Saya sangat suka menjadi single”.

Hantaran tersebut dimuat naik selepas Selena dan Drew Taggart dilihat menghabiskan masa dengan bermain boling di Kota New York. Mereka dilihat cukup seronok dan mesra bersama, seolah-olah seperti dua remaja yang sedang bercinta.

Anehnya, selepas memuat naik hantaran tentang status singlenya, dua hari selepas itu, Selena dan Taggart dilihat meninggalkan sebuah restoran di Soho sambil berpegangan tangan.

Awal bulan ini, satu sumber memberitahu US Weekly, bahawa kedua-dua selebriti ini memang sah bercinta.

Sumber itu memberitahu: “Kedua-dua mereka tidak mahu menyembunyikan percintaan mereka dengan hanya keluar bersama di kelab yang privasi”.

“Mereka sangat kasual tetapi tidak begitu menghebohkannya,” katanya.

Sumber itu mungkin benar apabila sekeping gambar Drew Taggart yang berkemungkinan  bersama Selena dalam keadaan cukup intim tersebar di laman Twitter.

Gambar itu menunjukkan seperti mereka hampir sahaja bercumbuan atau mungkin sudah pun bercumbu.

Drew Taggart dengan pasukannya bagaimanapun langsung tidak mahu memberikan sebarang komen tentang spekulasi hubungannya Selena.

Selena pula lebih suka mendiamkan diri daripada memperkatakan tentang status hubungan cintanya selepas putus cinta dengan Justin Bieber pada Mac 2018, selepas pasangan ini beberapa kali bercinta, putus, bercinta dan putus lagi sejak 2011. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Mudah Dan Selesa: Produk Solekan Musim Bunga Anda Wajib Ada 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

6 Perkara Menarik Dalam Pencalonan Grammy Awards 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara