web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pernah Kena ‘Boo’ dengan 2,000 Penonton, Alif Satar Dedah Perjalanan Awal Jadi Artis

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika penyanyi itu baru berusia 18 tahun dalam rangka mempromosikan single ‘Jangan Nakal’ yang diterbitkan pada tahun 2009.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:00AM

Alif bercakap bersama Amelia Henderson dalam siri podcast Studio Sembang baru-baru ini.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi serba boleh, Alif Satar mendedahkan pernah kena boo oleh sekurang-kurangnya 2,000 pengunjung di awal kemunculannya bergelar artis sehingga meninggalkan kesan trauma kepada dirinya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika penyanyi itu baru berusia 18 tahun dalam rangka mempromosikan single ‘Jangan Nakal’ yang diterbitkan pada tahun 2009.

Ketika itu, Alif diminta membuat persembahan khas menunjukkan bakatnya kepada seorang penyanyi luar negara. Namun begitu, bayang artis berkenaan tidak muncul juga setelah dua jam menunggu.

“Pengacara majlis itu tiba-tiba datang dan buat pengumuman ‘artis itu tak sampai lagi, sementara itu kita tampilkan Alif’, dan semua orang boo saya. Bayangkan 2,000 orang dah tunggu dan saya faham kekesalan mereka.

“Saya ambil mikrofon dan perkenalkan diri dan kata saya Alif Satar, boleh saya nyanyikan satu lagu? dan semua orang menjerit ‘tidak’.

“Saya berjanji semoga suatu hari mereka tak akan buat perkara ini dan saya berusaha membina nama,” katanya dalam satu wawancara bersama-sama Amelia Henderson dalam siri podcast Studio Sembang baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Aliff pernah mendedahkan tumpang kereta kawan-kawan untuk menghadiri persembahan.

“Saya pernah tumpang kereta kawan-kawan untuk hadiri jemputan persembahan. Waktu itu, kereta Faizal Tahir. Dengan upah RM500, kami bahagi dua. Bila fikir balik ia bukanlah perkara yang susah, ia cuma sebahagian daripada proses,” katanya

Bukan itu sahaja, dalam wawancara berkenaan, pelantun lagu ‘Anugerah Terindah’ itu juga rupanya membesar di sebuah rumah flat yang terletak di Wangsa Maju. Kenangan itu turut dikongsikan Alif di dalam akuan Instagram rasmi miliknya.

Alif bergambar bersama anak-anaknya dihadapan rumah yang pernah didiaminya bersama ibu dan bapanya. - Gambar daripada Instagram Alif Satar
Alif bergambar bersama anak-anaknya dihadapan rumah yang pernah didiaminya bersama ibu dan bapanya. - Gambar daripada Instagram Alif Satar

“Saya adalah salah seorang ‘budak flat’ e3 10, Blok E1, Wangsa Maju, Seksyen 2. Kami tinggal di sini bermula tahun 1990 sehinggalah ibu bapa saya berpindah ke United Kingdom sebab dapat biasiswa melanjutkan pelajaran di sana. Pulang dari UK, kami duduk semula di wangsa maju sampai tahun 2000 sebelum pindah ke Hartamas.

“Di sinilah saya membesar waktu kecil dahulu. Macam-macam memori saya kumpul di sini,” tulisnya.

Alif turut bergambar di hadapan rumah lamanya bersama-sama anaknya bagi mengingatkan mereka agar sentiasa merendah diri dan tidak melupakan asal usul di mana dia bermula. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 bulan yang lalu

Marriott Bonvoy Lancar Lagu Dan Video Muzik Bersama Alif Satar & The Locos

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara