web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerana Iklan Raya, Perompak Aset Berubah Hati - Zizan Dan Issey Jadi Pengarah Bersama Dalam Telefilem ‘Heistdilfitri’

Kerjasama dengan Issey sebagai pengarah bersama lebih selesa rasanya. Kalau ada peluang untuk kami bergabung lagi, tiada masalah. Cuma kalau untuk saya bergerak solo ini ada perasaan sedikit cuak.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 8:00PM

Zizan dan Issey berganding bahu mengarah telefilem ‘Heistdilfitri’. - Gambar daripada Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak Zizan Razak kini melangkah setapak lagi dalam industri kreatif perfileman apabila bergelar pengarah menerusi  telefilem pertamanya berjudul ‘Heistdilfitri’ yang akan disiarkan di saluran Astro Ria pada Syawal kedua nanti.

“Bagi bidang pengarah ini saya baharu sangat, walaupun dah bertahun-tahun berlakon. Saya ambil banyak sangat inspirasi daripada pengarah-pengarah hebat dalam negara kita ini.

“Bukan hanya lokal sahaja, saya memang peminat cerita dan drama Korea Selatan kerana dialog dan persekitaran mereka yang sangat sinonim dengan negara kita.

“Saya juga turut mengambil inspirasi daripada karya-karya Hollywood, Korea Selatan dan juga filem Tamil bagi menyempurnakan telefilem ini.

“Lagipun, sebagai pengarah baharu, saya rasa terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari lagi untuk menjadi yang setara dengan yang lain. Dan, Insya Allah saya akan berusaha untuk mencapai taraf itu,” katanya dalam satu wawancara secara maya, petang semalam.

Jelas pemilik nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak, 39, dia bagaimanapun masih berasa cuak bagi bergerak solo sebagai pengarah, justeru itu dia bekerjasama dengan Issey untuk menghabiskan telefilem sulung arahannya.

“Melangkah dalam bidang mengarah ini, memang buat saya gemuruh. Ini merupakan sesuatu yang baharu untuk diri saya. Saya dah bertahun dalam bidang lakonan, di mana saya hanya mendengar arahan. Tetapi kini saya di kerusi memberi arahan.

“Jadi, kerjasama dengan Issey sebagai pengarah bersama lebih selesa rasanya. Kalau ada peluang untuk kami bergabung lagi, tiada masalah. Cuma kalau untuk saya benar-benar bergerak solo, memang  ada perasaan sedikit cuak,” ujarnya.

Sementara itu, Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 35, yang juga kali pertama bergelar pengarah mengakui, dia dengan Zizan mempunyai keserasian yang bagus, sehinggakan telefilem itu hanya mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

“Kerjasama dengan Zizan memang selesa dan bagus. Saya juga berharap kami bergabung lagi pada masa akan datang, Insya Allah.

“Bagi saya Zizan merupakan seorang yang mempunyai banyak idea sebab dia pernah melakonkan pelbagai watak bersama pengarah yang berbeza.

“Jadi pengalaman dia dan idea kami bersama, diharap dapat hasil yang bagus dan dapat diterima oleh penonton diluar sana,” katanya.

Menurut Issey, meskipun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka, namun semuanya dapat diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.

Dalam pada itu, Issey turut berharap, telefilem ‘Heistdilfitri’ ini akan dapat membuka mata ramai pihak tentang kemampuan mereka bersama sebagai pengarah.

“Namun, kami tidak letakkan harapan tinggi terhadap  telefilem ini kerana kami masih baharu dan dalam proses belajar dalam bidang pengarahan ini.

Telefilem ‘Hiestdilfitri’ membawa kisah Ibrahim lakonan Zizan, bersama dua rakan lagi iaitu Issey sebagai Mus dan Shiqin Kamal (Anis) yang merupakan perompak profesional yang merompak aset bernilai tinggi.

Mereka berubah hati selepas menonton iklan-iklan musim raya yang bertemakan keluarga. Justeru itu, tiga sekawan itu nekad dan mula mencari sebuah keluarga untuk mereka beraya bersama.

Selain Zizan, Issey, telefilem ‘Heistdilfitri’ turut dibintangi Maria Farida, Jihaa Sham dan Khir Rahman dan ramai lagi. - Getaran, 18 April 2023.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Harap Semua Bertenang, Nanti Kami Akan Uar-uarkan. Kami Janji – Ada Apa Zizan Razak Dengan Hawa Rizwana?

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Baru Sehari Tayangan, Abang Long Fadil 3 Sudah Berjaya Raih RM3 Juta 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Dunia Gangster Dan Mafia, Abang Long Fadil Kini Terjun Ke Dunia Perisikan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara