web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

Apa yang menarik, ramai netizen yang mengakui bahawa mereka cukup stress dan geram dengan sikap Hisyam Hamid dan isteri keduanya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 4:00PM

Hisyam Hamid cukup menyerlah menerusi watak Zafir manakala Janna Nick sering mendapat simpati penonton menerusi watak Lara. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Macam-macam perasaan tidak puas hati yang dilemparkan netizen terhadap aktor Hisyam Hamid sejak dia mendirikan rumahtangga dengan seorang lagi wanita. 

Ada yang menuduh Hisyam sebagai lelaki yang ego, jahat serta mementingkan diri sendiri. Bahkan, Hisyam juga dituduh suka mendengar cakap orang, bersikap terburu-buru sehingga sanggup berkahwin lagi apabila berasa tidak puas hati dengan isteri pertamanya. 

Inilah yang terpaksa dihadap oleh Hisyam Hamid pada sambutan raya Aidilfitri kali ini sejak drama bersiri Puteri Lindungan Bulan ditayangkan di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 10 malam. 

Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd karya skrip Eenaz Mokhtar yang diadaptasi daripada karya novel Liana Afiera Malik ini semakin menjadi tumpuan apabila Hisyam Hamid yang membawakan watak Zafir telah termakan dengan hasutan Sabrina (Afifah Nasir) bahawa Lara (Janna Nick) iaitu isterinya itu seorang yang tidak jujur. 

Zafir yang pantas mempercayai kata-kata Sabrina yang juga adalah kakak ipar kepada Lara telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya, Farah. Namun, setelah berkahwin Farah pula mula menunjukkan belangnya, mungkin kerana cemburukan Lara. Akan tetapi Lara tetap melayan Farah dan suaminya itu dengan baik. 

Apa yang menarik, ramai netizen yang mengakui bahawa mereka cukup stress dan geram menonton drama bersiri arahan Pali Yahya yang turut dibintangi barisan pelakon seperti Amar Baharin, Niena Baharun, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Zack Kool, Nasz Sally dan ramai lagi.

Perasaan geram dan stress itu bercampur baur apabila menyaksikan Lara menjadi mangsa sikap tidak berperikemanusiaan Sabrina, Farah serta suaminya sendiri. 

Netizen juga berharap agar Zafir bersikap adil dan kasihankan Lara. Tidak kurang juga yang mengharapkan Lara supaya menceraikan Zafir yang sama sekali tidak menghargai dirinya dan sering sahaja mencari kesalahannya. 

Akan tetapi Zafir sudah pun berbaik semula dengan Lara. Adakah pengakhiran kehidupan rumah tangga mereka akan berakhir dengan bahagia? Teruskan menonton drama bersiri ini. 

Sinopsis Puteri Lindungan Bulan 

Puteri Larasati Aisya atau digelar sebagai Lara, merupakan seorang wanita yang berkebolehan tinggi dalam mengendalikan bisnes milik arwah ayahnya iaitu Puteri Emas Holdings. Namun, semenjak kehilangan bapanya, Lara mula dilanda kesunyian, terasa disisih dan dikhianati oleh keluarga dan teman hidupnya sendiri. Dapatkah Lara kekal tabah meneruskan perjuangan yang diwariskan dan cintanya?

Lara (Janna Nick) pernah merasa bahagia sewaktu ayahnya masih hidup. Ibu, Datin Fariza (Zarina Zainuddin) dan abangnya, Luqman (Shah Iskandar) turut sentiasa bersamanya. Selepas pemergian ayahnya, Lara mula merasakan hidupnya sangat sepi. Segalanya berubah apabila ibunya berkahwin dengan rakan baik arwah ayahnya dan Luqman membawa seorang isteri, Sabrina (Afifah Nasir) setelah tiga tahun berada di perantauan. Kehadiran kakak iparnya, Sabrina yang dari awal cemburu dan membenci Lara, suka memanipulasi keadaan membuatkan Lara semakin jauh dari Luqman.

Rumah tangga Lara dan Zafir cukup diuji dengan kehadiran orang ketiga. - Gambar PR
Rumah tangga Lara dan Zafir cukup diuji dengan kehadiran orang ketiga. - Gambar PR

Zafir (Hisyam Hamid) mempunyai perasaan terhadap Lara dan telah mencuba berkali-kali untuk meluahkan isi hatinya kepada Lara tetapi sering kali diendahkan olehnya. Namun begitu, keberadaan Zafir yang sentiasa mendengar luahan hati Lara dan sentiasa bersamanya di kala susah mahupun senang telah membuka hati Lara untuk menerima Zafir. 

Lara telah disatukan dengan Zafir tetapi rumah tangga mereka sering berdepan rintangan. Sabrina menghasut fikiran Zafir yang mengatakan Lara seorang yang tidak jujur. Kepercayaan Zafir terhadap Lara mula kabur dan goyah apabila mendapati Lara pernah dilihat bersama Zakuan. 

Ujian mereka semakin berat apabila kemunculan Farah, bekas kekasih Zafir kembali menagih cinta. Masih adakah sinar dalam rumah tangga Lara dan Zafir? Berjayakah Lara menggapai bahagia dalam kisah hidupnya? – Getaran, 26 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Gandingan Hebat Johan As’ari Dan Faizal Hussien Dalam Menanti Senja

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Drama Bersiri Di TV3 Bakal Menjentik Emosi Penonton 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara