web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Drama Bersiri Di TV3 Bakal Menjentik Emosi Penonton 

Rasai pelbagai emosi sepanjang Julai ini dengan menyaksikan drama bersiri hebat di TV3.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 5:00PM

Saluran slot Akasia, Samarinda dan Lestary di TV3 menyajikan naskhah yang segar dan penuh emosi kepada peminat drama Melayu di Malaysia. - Gambar TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal menjentik emosi penonton pada Julai ini, tiga saluran slot Akasia, Samarinda dan Lestary di TV3 menyajikan naskhah yang segar dan penuh emosi kepada peminat drama Melayu di Malaysia.

Bagi menepati janji untuk pelbagaikan emosi penonton, TV3 menyediakan drama-drama terbaharu di sepanjang Julai ini, bagi penonton setianya.

Melalui slot Akasia, selami kisah sedih anak gadis di sebuah kampung yang terpaksa menempuh 1,001 ujian pada usia muda melalui drama 'Tentang Hati Dia'.

Diterbitkan sebanyak 28 episod, drama 'Tentang Hati Dia' disiarkan Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, mulai Isnin ini.

Drama ini dibintangi Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Fazlina Ahmad Daud, Muaz Zabir dan Datin Nor Aliah Lee.

Slot Samarinda pula bakal menyaksikan adrenalin melonjak dengan kisah seorang wanita tersepit dalam merahsiakan kes pembunuhan bersiri yang disaksikannya, melalui drama 'Obsesi Dia'.

Drama dibintangi Sophia Albarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi dan Jay Iswazir ini diterbitkan sebanyak 15 episod.

Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, mulai Rabu ini.

Slot Lestary pula bakal menyiarkan drama 'Keria Women' yang menyaksikan kegigihan wanita mengusahakan perniagaan tempatan sehingga terkenal di seluruh negara.

Drama 13 episod ini dibintangi Rita Nadira, Sabrina Sharleen, Fify Azmi, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Muazmeer Mohsin dan Shy Rim.

Drama 'Keria Women' sudah menemui penonton setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam, bermula 8 Julai (Sabtu lalu).

Rasai pelbagai emosi sepanjang Julai ini dengan menyaksikan drama bersiri hebat di TV3.

Penonton juga boleh mendapatkan maklumat terkini drama kegemaran mereka dengan melayari laman sosial TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my. – Getaran, 10 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Gandingan Hebat Johan As’ari Dan Faizal Hussien Dalam Menanti Senja

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Afifah Nasir Menangis Baca Kisah Hidup Najwa, Mahu Merasai Sama Kesakitan Gadis HIV Itu 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Kami Jadi Wedding Planner Untuk Majlis Sendiri’ - Adam Lee Dedah Persiapan Kahwinnya Dengan Sweet Qismina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara