web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Afifah Nasir Menangis Baca Kisah Hidup Najwa, Mahu Merasai Sama Kesakitan Gadis HIV Itu 

Afifah yang membawakan watak utama di dalam drama bersiri, Sentuhan Najwa memberitahu, ia adalah sebuah drama yang cukup menyentuh jiwanya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 8:21PM

Afifah Nasir - Gambar Instagram Afifah Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah penyakit itu bukanlah satu asbab untuk berputus asa kerana ia juga boleh dijadikan sebagai kunci pelonjak untuk kita terus bangkit meneruskan kehidupan. 

Tapi, bagaimana pula bagi seorang gadis remaja untuk meneruskan kehidupan sedangkan dia telah disahkan menghidap penyakit HIV hingga menjadi bahan buli di sekolah.

Dapatkan Najwa terus menempuh segala dugaan yang bakal mendatang? 

Inilah kisah menarik yang dipaparkan dalam drama terbaharu, Sentuhan Najwa terbitan Nuansa Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli berdasarkan skrip nukilan Aizad Zaidi.

Drama bersiri 13 episod ini akan menampilkan barisan pelakon tanah air yang hangat seperti Afifah Nasir, Alif Muhaimin, Ryry Ryun,Faiz Izzat, Jasper Supayah dan ramai lagi. 

Afifah yang membawakan watak utama sebagai Najwa di dalam drama bersiri ini memberitahu bahawa, Sentuhan Najwa adalah sebuah drama yang cukup menyentuh jiwanya. 

“Pertama kali saya dapat tawaran ini dan mendapat tahu bahawa ia adalah projek abang Osman Ali, saya terus rasa teruja bercampur gementar. 

“Teruja sebab Osman Ali adalah satu nama yang besar di dalam industry kreatif dan gementar kerana hasil karyanya banyak bermaina dengan emosi,” katanya dalam sebuah hantaran di IG. 

Menurut Afifah lagi, sebaik sahaja dia mendapat skrip Sentuhan Najwa di tangannya, dia menangis apabila membaca episod demi episod. 

“Saya jatuh cinta dengan karakter Najwa dan saya tahu saya mahu berikan yang terbaik dalam persembahan ini. 

“Bila saya berpeluang berjumpa dengan penulis skrip Aizad Zaidi, saya tanya dia: Okay ke fifa bawa watak Najwa? 

“Saya sangat suka dia (Najwa) dan mahu bawakan watak ini dengan scara saya supaya saya dapat merasai sama kesakitan Najwa. 

“Alhamdulillah, dia (Aizat Zaidi) kata, bagaimana dia membayangkan Najwa, begitulah saya yang sama dipersembahkannya di dalam drama ini. Saya harap anda akan menyukainya,” katanya. 

Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang.

Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit yang dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya. 

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya.

Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Drama Sentuhan Najwa ini bakal ditayangkan di slot Lestari TV3 bermula 26 Oktober setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. - Getaran, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Drama Bersiri Di TV3 Bakal Menjentik Emosi Penonton 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara