web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kilafairy Tenang Dan Reda Dengan Pemergian Rohana Jalil, Sempat Mandikan Jenazah Ibu

Jenazah Allahyarham Rohana Jalil telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 pada jam 11.45 pagi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 2:39PM

Kilafairy - Gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak kepada Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia pada tengah malam semalam reda dan tenang menerima pemergian ibundanya yang tercinta.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan sewaktu ditemui di Tanah Perkuburan USJ 22 berkata, dia menerima ketentuan takdir ini dengan reda kerana ibu bapanya telah mengajarnya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. 

Kilafairy (tengah) reda dengan pemergian ibunya. - Gambar Helmi Anuar
Kilafairy (tengah) reda dengan pemergian ibunya. - Gambar Helmi Anuar

"Sudah tentu saya sedih. Tetapi bersyukur kerana saya berada dengannya sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Saya juga mandikan arwah. 

"Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Berada dengannya sehingga saat terakhir juga membuatkan saya rasa lebih tenang. Saya telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya harap arwah gembira, saya tahu dia gembira, tersenyum dia. Alhamdulillah," katanya. 

Jenazah Allahyarham Rohana atau nama sebenar sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi. 

Pengebumian turut dihadiri oleh saudara mara serta rakan selebriti. - Gambar Helmi Anuar
Pengebumian turut dihadiri oleh saudara mara serta rakan selebriti. - Gambar Helmi Anuar

Upacara pengebumian turut dihadiri oleh saudara mara serta rakan selebriti seperti Joe Flizzow, Jaafar Onn, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Haiza, Izara Aishah, Datuk Khadijah Ibrahim, Fasha Sandha, Datuk DJ Dave, Datuk Hattan dan ramai lagi. - Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jaafar Onn Terkesan Dengan Pemergian Rohana Jalil – ‘Tiada Siapa Yang Sudi Berduet Dengan Saya Kecuali Arwah’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Rohana Jalil

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mael XPDC Selalu Bersedekah – Zuar Dedah Amalan Baik Vokalis XPDC Itu Yang Tidak Diketahui Ramai 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara