web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gelaran Datuk Palsu: Intan Najuwa Enggan Ambil Kisah Hal Remeh

Intan berkata dia tidak pernah mempertikaikan gelaran tersebut dan enggan mengambil kisah tentang dakwaan remeh tersebut

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 7:32PM

Pelakon, Intan Najuwa bersama suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman. gambar Instagram Intan Najuwa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa yang Baharu melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman baru-baru ini, menjadi hangat apabila timbul dakwaan bahawa suaminya itu menggunakan gelaran Datuk palsu.

Intan berkata, dia tidak pernah mengambil kisah tentang dakwaan remeh itu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan menganggap gelaran tersebut tidak memberikan makna apa-apa padanya.

Pelakon Intan Najuwa dan suami, , Datuk Ahmad Asraf Azman. gambar Instagram Intan Najuwa
Pelakon Intan Najuwa dan suami, , Datuk Ahmad Asraf Azman. gambar Instagram Intan Najuwa

“Saya tak pernah mempertikaikannya, ia hanyalah gelaran. Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara tersebut. Orang nak cakap apa, cakap sajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam,” katanya menerusi rancangan Melody di  TV3 baru-baru ini.

Difahamkan dakwaan Datuk palsu ini telah dipertikaikan oleh seorang pengguna aplikasi X dan Intan tidak mahu memberi sebarang komen untuk mengelakkan keadaan bertambah keroh.

‘Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas perkara itu akan menjadi isu besar. Jadi saya memilih untuk berdiam diri, kalau benda itu betul, betullah, jika salah, salahlah,” jelasnya.

“Saya anggap mungkin orang itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu, jadi saya husnuzon,” pandangannya terhadap pengguna X tersebut.

Pelakon Intan Najuwa.
Pelakon Intan Najuwa.

Terdahulu, pada 24 Ogos  lalu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang individu bergelar Datuk dengan mas kahwin sebanyak RM20,000 serta wang hantaran berjumlah RM222,000.

Intan sebelum ini pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Razrul Anwar Rusli pada pada Ogos 2019. Bagaimanapun ikatan tersebut tidak berpanjangan dan dikhabarkan mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Februari 2020. - Getaran, 21 September 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Nasha Aziz Tak Mahu Ke Set Tanpa Skrip Penuh, Haji Zeel Akui Memang Sukar Menjaga Aktres Jelita Itu 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara