web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Engku Emran, Noor Nabila Cerai Talak 1

Kemelut rumahtangga Engku Emran dan Noor Nabila sebenarnya sudah lama diperkatakan apabila keduanya dilihat tidak lagi memuat naik perkembangan masing-masing di media sosial

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 3:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkahwinan pasangan selebriti, Engku Emran dan Noor Nabila akhirnya terlerai secara rasmi hari ini.

Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48 melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Desas-desus mengenai kemelut rumah tangga kakak kepada Neelofa itu sebenarnya sudah mula bertiup sejak beberapa bulan lalu, apabila dia dilihat tidak lagi memuat naik gambar Engku Emran atau berkongsi perkembangan mereka sebagai suami isteri di media sosial.

Engku Emran juga tidak kelihatan sewaktu Noor Nabila membawa anaknya, Jebat Jayden Sharnaaz bercuti ke Sabah.

Teka-teki hubungan mereka bagaimanapun terjawab menerusi pengesahan Noor Nabila bahawa mereka berdua bakal bercerai.

Engku Emran pula menerusi satu hantaran lain meminta kerjasama ramai agar memberi ruang untuk perkara tersebut diselesaikan secara baik.

Katanya, tidak ada pasangan yang mahukan kegagalan rumahtangga berlaku.

Sementara itu, Noor Nabila dilihat meluahkan rasa sedih menerusi hantaran di InstaStory.

“Jika sesuatu itu tidak ditakdirkan, ia tidak akan menjadi milik kita, walaupun anda sudah mencuba sedaya upaya sejak sekian lama.

“Kita hanya merancang tetapi perancangan Dia yang terbaik. Semoga Dia membimbing dan menyembuhkan (kelukaan ini), dan mengisi hati saya dengan ketenangan,” katanya. 

Getaran mendoakan agar Engku Emran dan Noor Nabila tabah melalui dugaan ini, dan semoga keduanya menemui kebahagiaan yang dicari. - Getaran, 25 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara