web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Setuju Cara Sambutan Maulidur Rasul, PU Abu Dilabel Liberal

PU Abu mempersoalkan sebuah video dari Ustaz Abdullah Razak yang mengatakan bahawa kebesaran malam Maulidur Rasul lebih hebat daripada malam Lailatul Qadar

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 9:14AM

Pu Abu - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah selebriti PU Abu atau nama sebenar Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi dilabel sebagai liberal oleh seorang pengguna sosial semalam. 

Ia berlaku apabila dia mempersoalkan sebuah video dari Ustaz Abdullah Razak yang menyifatkan kebesaran malam Maulidur Rasul lebih hebat daripada malam Lailatul Qadar berdasarkan kata-kata dari ulama.

Menerusi hantaran di Instastorynya, Abu bertanyakan tentang kesahihan kata-kata ulama dikongsi oleh Ustaz Abdullah itu dan menyeru supaya orang ramai menjauhi penunggang agama yang ingin meraih populariti dari platform media sosial.

“Ulama mana yang kata seperti ini? Sudah pasti ia bukan ulama yang datang dari generasi salafusolleh. Untuk menghalalkan apa yang dikatakan, maka digunakan ayat-ayat seperti ‘ada ulama kata’, ‘guru kami kata’,” soalnya merujuk kepada kata-kata Ustaz Abdullah di dalam video tersebut

Abu turut berkongsi kata-kata dari Hadis Riwayat Bukhari di hantaran sama yang berbunyi “Janganlah kalian memujaku seperti Nasrani memuji Putera Maryam. Aku hanyalah hamba Allah. Katakan bahawa aku adalah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya.”

Kenyataan tersebut mengundang perhatian seorang netizen yang berkata, sambutan Maulidul Rasul perlu diraikan seperti mana sambutan ulang tahun kelahiran yang diadakan oleh orang lain.

“Anak pun kita sambut birthday dia. Tiba Rasulullah (SAW) pesuruh Allah, kita nak duduk biasa-biasa saja. Mana kata cinta Rasulullah itu? Setahun sekali pun nak cuba lupakan baginda,” balas warganet tersebut di ruangan mesej terus (DM) Abu.

“Susah fahaman liberal ini,” tambahnya lagi.

Menerusi komen balas Abu memberitahu, dia hanya mahu membela sunnah Nabi. Dia juga mempersilakan sesiapa sahaja yang mahu melabelkanya sebagai liberal atas tindakan itu.

“Liberal terus. Sekiranya membela sunnah Nabi itu dilabelkan sebagai liberal, silakanlah melabel lagi dan lagi,”jelasnya menerusi hantaran di Instastory seterusnya.

“Kita diajar untuk sayang Nabi bukan setahun sekali, kita perlu diajar untuk sayang Nabi setiap hari. Saya bukan tidak setuju dengan sambutan Maulid Nabi, tetapi saya tidak setuju cara kita merayakan Maulid Nabi itu.

“Apatah lagi tarikh Maulid Nabi itu sendiri menjadi pertikaian dalam kalangan para ulama,” jelasnya.

Abu juga turut mencadangkan orang ramai untuk melakukan tiga perkara yang boleh diamalkan untuk menunjukkan tanda sayang kepada Nabi.

“Amalkan sunnah baginda, perbanyakkan selawat kepada baginda, belajar kisah sirah hidup baginda,” serunya.

Sementara itu, merujuk kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyambut Maulidur Rasul termasuk dalam bid'ah hasanah yang dipelopori oleh sebahagian ulama’. 

Namun, menurut Syeikh Dar al-Hadis dari Damsyik, Syeikh Abu Shamah berkata hukumnya juga dibolehkan berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil.

Turut dijelaskan di laman sesawang ini, sambutan Maulidur Rasul adalah perkara baharu yang baik dan sama sekali tidak menyalahi mana-mana dalil atau hadis. Maka, hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak. - Getaran, 29 September 2023

Sumber Foto: IG PU Abu 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Keindahan Pekerti Rasulullah SAW Contoh Terbaik Untuk Diikuti - PM

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

5 Masjid Di Sekitar Kuala Lumpur Anjur Sambutan Sempena Maulidur Rasul 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia