web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 4:56PM

Sultan Nazrin Shah (kanan) menyampaikan anugerah Tokoh Perdana kepada Dr Suhaini pada Majlis Penganugerahan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1443H/2021M di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Datuk Dr Suhaini Kadiman.

Penganugerahan itu disampaikan kepada beliau yang juga Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN) di Istana Negara, hari ini.

Dr Suhaini, 52, anak kelahiran Batu Pahat, Johor ketika ditemui selepas majlis itu berkata sebagai profesional perubatan, hasrat beliau adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Walaupun cabaran COVID-19 sejak kebelakangan ini begitu menguji kesabaran dan kesungguhan kami sebagai petugas barisan hadapan namun dengan sokongan masyarakat dan semua pihak kita dapat atasi cabaran ini,” katanya yang berkhidmat selama 21 tahun di IJN.

Bagi aspek PAPISMA pula, Dr Suhaini berkata selain menggerakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pertubuhan itu juga membantu Keluarga Malaysia dari sudut psikososial serta kesihatan mental dalam fasa pemulihan negara.

Selain beliau, enam individu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan bekas pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Datin Dr Paizah Ismail.

Turut menerima anugerah itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Syeikh Zakaria Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak Alwi Morshidi.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul lain ialah Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd Ali Hassan Mohd Hassan, Pengasas dan Pengarah Pertubuhan Kebajikan Pondok Spiritual OKU Muslim (PONDOKU) Mohd Zaini Mat Abas serta bekas penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tawau Sabah Mohd Amin Nasir.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia