web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Bintang AF, Amylea Azizan Nikahi Pegawai Bomba Singapura

Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia, Amylea Azizan, 37, kini sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, seorang pegawai bomba Singapura. Menerusi laporan yang dimuat naik oleh Kosmo Online, pasangan ini selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan. 

Mereka disatukan di dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah. Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka tersebut dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu. 

Bercakap kepada pihak media, Amylea memberitahu perkenalannya dengan suami berlaku dalam masa yang singkat melalui platform sosial media. 

“Ternyata Allah itu maha berkuasa, dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Saya tidak pernah merasa setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya, Alhamdulillah,” ulas Amylea.

Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 27 Januari hadapan. 

Getaran mengucapkan Selamat Pengatin Baharu kepada kedua mempelai, semoga rukun dan damai hingga ke akhir usia. - Getaran, 27 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 1 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

Selain menjaga penampilan, mereka juga dilihat sentiasa bertanggungjawab menjaga keluarga

oleh Wartawan Hiburan Getaran