web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azhan Rani Berpatah Balik, Pendakian ke Puncak Gunung Island Peak Terhalang Kerana Cuaca Buruk

Pendakian juga tidak akan diteruskan kerana tiada jaminan cuaca akan bertambah baik

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2024 1:42PM

Azhan Rani (kiri sekali) bersama empat lagi pendaki termasuk seorang wanita yang melakukan pendakian ke Island Peak di Nepal. - gambar SAR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelab Kembara Kosmopolitan semalam menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa pelakon, Azhan Rani dan kumpulannya tidak berjaya menawan puncak Gunung Island Peak, Nepal kerana berhadapan dengan cuaca buruk. 

Dengan angin kencang dan suhu di bawah negatif 25 darjah Celsius, mereka terpaksa berpatah balik pada ketinggian 5,600 meter dari aras laut atas faktor keselamatan. 

Ketua Pendaki, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, keputusan untuk berpatah balik itu terpaksa diambil selepas berbincang dengan Sherpa. 

“Pendakian kami ke puncak terhalang setelah mencuba separuh jalan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Atas faktor keselamatan, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan tidak meneruskan pendakian.

“Sewaktu pendakian tiba di High Camp pada ketinggian 5,600m, suhu telah mencecah -25 dan tiupan angin terlalu kencang, sekali gus menyukarkan pendakian. Selepas berbincang dan mendengar nasihat Sherpa, kami akur untuk berpatah balik,” katanya. 

Mohd Fakhrul Munir menambah, beliau ada berbincang untuk menambah sehari lagi tempoh pendakian tetapi Sherpa tidak memberi jaminan keadaan cuaca akan kembali baik. 

Selain Azhan dan Mohd Fakhrul Munir, tiga lagi pendaki yang mengikuti misi itu ialah Azmi Mohd Ariffin, Khalid Abd Hanid dan pendaki tunggal wanita, Zarina Abd Rahman. 

Sementara itu, Azhan yang membawa misi mengibarkan bendera Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, dia tetap bersyukur meskipun misi menawan puncak Island Peak yang berketinggian 6,160 m tidak kesampaian. 

“Apa yang bermain difikiran saya sekarang adalah balik rumah dengan selamat selepas menempuh pengalaman yang menakutkan. Kami memulakan pendakian dalam keadaan fizikal yang baik dan semangat yang tinggi tetapi cuaca buruk menghalang misi kami,” katanya. 

Selain itu, lima pendaki lagi berjaya menjejakkan kaki ke Everest Base Camp setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut. Seramai 13 orang pendaki menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilangdi Banjaran Himalaya, Nepal pada kali ini. 

Pendakian Amal SAR Ahsana Ke Island Peak & Everest Base Camp Bersama Azhan Rani 2024 dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu sebuah rumah kebajikan, Persatuan Kebajikan AHSANA Kuala Lumpur di Puchong yang menempatkan orang kelainan upaya (OKU) dan Autism. 

Acara pelepasan berlangsung di Ruang Legar Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 Februari lalu, di mana ia disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad. - Getaran, 7 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Azhan Rani Berlepas Ke Nepal Ahad Ini, Mula Misi Ke Island Peak

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bunuh: Warga Nepal Ditahan Bantu Siasatan - Polis Melaka

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia