web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh: Warga Nepal Ditahan Bantu Siasatan - Polis Melaka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jul 2023 4:59PM

Seorang warga Nepal ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -- Seorang pemuda warganegara Nepal ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki daripada negara sama, yang ditemukan mati di sebuah rumah kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 20 tahun itu, ditahan di dalam sebuah bas di hentian rehat dan rawat Pedas-Linggi, pada 11.30 malam tadi.

“Polis sebelum itu menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.42 petang semalam, mengenai penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah, di Taman Merdeka semalam.

“Mayat mangsa berusia 32 tahun itu, ditemukan di dalam tandas di kediamannya dalam keadaan tidak berbaju, selain sebatang kayu dan kabel telefon berhampiran mayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Christopher berkata orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar bagi mengelak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia