web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nabil Mentor Meninggal Dunia Pada Umur 37 Tahun

Berita pemergian penyanyi ini disahkan oleh bapanya awal pagi hari ini

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 4:43PM

Nabil Zafril Zamanhuri. – Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang mula mencipta nama menerusi program realiti Mentor, Nabil atau nama penuhnya Nabil Zafril Zamanhuri, 37, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, berita pemergian Nabil disahkan oleh bapanya, Zamanhuri Amarudin. 

Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai masa dan punca kematian kerana masih di balai polis untuk membuat laporan.

"Anak saya, Nabil meninggal dunia pagi tadi. Sekarang, saya masih berada di balai polis untuk buat laporan kematiannya.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Indah Ampang. Saya juga sedang tunggu pengesahan masa arwah meninggal dunia," katanya kepada BH Online.

Jenazah Nabil kini masih berada di hospital untuk bedah siasat. 

Setelah selesai urusan ini, jenazah akan dibawa ke masjid di Ukay Perdana untuk urusan pengebumian.

Nabil meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.
Nabil meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.

Selepas terlibat dengan Mentor, Nabil pada tahun 2006 muncul dengan album solo dan melancarkan lagu-lagu seperti Hey Emma! dan Hati Ini. 

Hati Ini berjaya mendapat menambat hati pendengar dan sering dimainkan di stesen radio tempatan. 

Allahyarham juga pernah menjadi pengacara program mingguan popular, Remaja yang ke udara setiap Sabtu di TV3. 

Pada masa sama, Allahyarham terjun ke dunia lakonan dengan membintangi drama TV tempatan.

Graduan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dalam bidang Filem dan Animasi ini meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan. - Getaran, 26 Mei 2024

Foto : IG Nabil

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara