web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nasi Dulang Bukhari: Pilihlah Set Ayam, Daging, Kambing atau Ikan yang Menggiurkan!

Grandmama’s Pavilion menawarkan set hidangan berbuka puasa sehingga 12 Jun 2021.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 9:01AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dihidangkan dalam set dulang, Grandmama’s Pavilion mempersembahkan hidangan istimewa sempena menyambut Ramadan yang mulia – Set Nasi Dulang Bukhari!

Istimewanya, Set Nasi Dulang Bukhari di restoran yang terletak di aras enam Pavilion ini hadir dalam empat pilihan utama seperti Nasi Dulang Daging (RM115), Nasi Dulang Kambing (RM95), Nasi Dulang Seafood (RM95) dan Nasi Dulang Ayam (RM65). 

Setiap set dihidangkan bersama nasi bukhari dan lauk sisipan seperti kerabu tomato, kuah kari, acar jelatah, sambal cili kicap dan air asam dan boleh dimakan bersama dua ke tiga orang.

Nasi Dulang Daging
Nasi Dulang Daging

Menariknya, Grandmama’s turut menawarkan hidangan tambahan istimewa seperti asam pedas ekor, udang masak kam heong, tempoyak ikan patin, gulai ikan tenggiri, ayam goreng cili berlada dan gulai ayam yang boleh dimakan bersama set Nasi Dulang itu tadi.

Semua hidangan ini dimasak oleh cef profesional, Cef Bahar. Dia bersama pasukannya memastikan makanan-makanan yang disediakan itu menggunakan bahan-bahan semula jadi yang asli untuk menghasilkan hidangan masakan Malaysia yang beraroma dan autentik.

Nasi Dulang Kambing
Nasi Dulang Kambing

Dengan hanya tambahan RM99 dalam mana-mana Set Nasi Dulang Bukhari ini, anda boleh memilih Combo A atau Combo B untuk menambah hidangan yang sesuai dimakan untuk empat ke lima orang. 

Combo A mengandungi hidangan udang masak kam heong, gulai ayam dan kailan ikan masin, manakala Combo B pula mengandungi hidangan kari kepala ikan, masak lemak nenas cili api dan ayam goreng berlada. 

Nasi Dulang Seafood
Nasi Dulang Seafood

Untuk mereka yang mahu makan bersama tujuh ke sembilan orang, hanya perlu tambah RM189 untuk Super Dulang Mewah Set A atau Super Dulang Mewah Set B.

Masakan utama dalam Super Dulang Mewah Set A seperti gulai ikan tenggiri, udang masak kam heong, ayam goreng cili berlada, ayam masam manis dan kari sayur.

Super Dulang Mewah Set B pula mengandungi udang putih cili tomato, tempoyak ikan patin, gulai ayam, daging masak lada hitam dan kailan ikan masin.

Nasi Dulang Ayam
Nasi Dulang Ayam

Semua hidangan Set Nasi Dulang Bukhari Grandmama’s Pavilion ini hadir bersama nasi bukhari dan buah kurma serta kuih-muih. Juga boleh didapati di cawangan Grandmama’s di Intermark Mall. – Getaran, 19 April 2021

Semua gambar: Mohd Azim Abd Rahman



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN