web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Roti Gulung Kayu Manis, Cinnabon Kembali Ke Malaysia

Jenama kegemaran ramai yang hilang seketika kini telah kembali dengan pembukaan dua cawangan di Lembah Klang.

Selera Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 8:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar hidangan manis, khususnya Cinnabon anda mesti ambil tahu tentang perkembangan terkini daripada jenama ini. 

Setelah mengalami zaman kejatuhan beberapa tahun roti gulung kayu manis kegemaran ini kembali bergaya dengan pembukaan mega di The Exchange, TRX di Kuala Lumpur pada awal Jun lalu. Ini diikuti dengan pembukaan cawangan kedua di IOI City Mall, Putrajaya pada penghujung Jun lalu.

Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.

“Tarikan Cinnabon adalah ‘cinta dan keajaiban’. Kami teruja untuk berkongsi roti gulung kayu manis terbaik di dunia bersama rakyat Malaysia. Dibakar segar setiap hari, ia digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang memikat hati. Roti gulung kami sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya ketika mengidamkan sesuatu yang manis untuk menceriakan hari anda,” ulas Pengarah Strategik AC Hesed Group, Noémi Chaw. 

Salah satu bahan eksklusif yang digunakan oleh Cinnabon ialah Makara® Cinnamon. Bahan atau ramuan yang diperoleh dari Indonesia, ini membuatkan setiap gulungan Cinnabon terasa lazat dan tiada tandingan. 

Dengan kebaikan penuh kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk memikat citarasa dan hati rakyat Malaysia dengan memberi peluang kepada setiap individu mencari hidangan manis yang sempurna pada lidah masing-masing.

Di kedua-dua kedai roti baharu ini, pengunjung boleh menikmati aroma roti gulung yang baru dibakar dan juga aroma Makara® Cinnamon. Terdapat juga hidangan lain yang menambat hati, termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls® yang lengkap dengan frosting keju krim yang terkenal di dunia. 

Roti gulung kayu manis ini hadir dalam dua saiz, iaitu Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Boleh pilih perisa Classic, Caramel Pecanbon Chocobon. Jika satu tidak cukup, anda boleh beli dan bawa pulang CinnaPacks. 

Setiap CinnaPack hadir dengan dua Cinnabon Classic ataupun Minibon dengan jumlah 4 atau 9 biji dalam setiap kotak. 

Bagi yang mengidamkan sesuatu yang berbeza, bolehlah menjamah ‘Roll-on-the-Go’ (yang diperbuat daripada bahagian tengah Cinnabon Classic) bersama dengan pelbagai minuman, termasuklah kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah ataupun minuman Chillattas®.

Jadi tunggu apa lagi, kunjungilah kedua-dua kedai roti ini untuk mendapatkan hidangan kegemaran ini. Waktu operasinya dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Cinnabon di Instagram @cinnabon.my atau Facebook mereka, Cinnabon Malaysia. – Getaran, 9 Julai 2024.

Foto: Cinnabon

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Ukir Senyuman Yang Tersayang Dengan Kemanisan Coklat

2

Selera 3 minggu yang lalu

Baskin-Robbins Malaysia Meraikan Citarasa Malaysia Sempena Merdeka

3

Selera 1 bulan yang lalu

Lady Yi’s Tea House Tampil Dengan Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures 

4

Selera 2 bulan yang lalu

Makanan Untuk Meningkatkan Hormon Gembira Dan Meningkatkan Kualiti Hidup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara