web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Lady Yi’s Tea House Tampil Dengan Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures 

Koleksi ini menampilkan 6 kuih bulan tradisional dan baharu, serta kotak hadiah berhias indah yang diinspirasikan oleh lukisan ikonik di Lady Yi’s Tea House

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2024 1:52PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pesta Tanglung sentiasa membangkitkan nostalgia dan menyemarakkan semangat kemasyarakatan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Kuih bulan yang menjadi hidangan mesti ada untuk perayaan ini tidak lagi hanya menjadi kegemaran kaum Cina, tetapi diidamkan oleh pelbagai kaum. Dek itulah, pilihan kuih bulan kini semakin banyak. Mencari yang halal juga cukup mudah. 

Salah satu kuih bulan yang dijamin halal ialah Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures yang dipersembahkan oleh Lady Yi’s Tea House, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown.

Untuk sambutan tahun ini, Lady Yi’s Tea House bakal menampilkan dua penambahan perisa terbaru kepada kuih bulan mereka yang digemari ramai. Selain itu, ia juga didatangkan dengan kotak hadiah perayaan yang diinspirasikan oleh lukisan artis tempatan, Alice Chang di Lady Yi’s Tea House.

Dihias anggun dengan corak bermotifkan phoenix yang melambangkan kelahiran semula dan permulaan baharu serta tanglung yang mengingatkan kenangan zaman kanak-kanak, karya seni itu mengimbau detik-detik indah Lady Yi (pemilik restoran) menyambut Pesta Tanglung bersama neneknya.

Dua perisa terbaharu yang tersedia untuk perayaan kali ini ialah, Baked Chocolate dan Baked Musang King manakala pilihan perisa sedia ada yang lain ialah Signature 11 Treasures Tea, White Lotus With Single Egg Yolk, Red Bean, dan Green Tea. 

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur berharap untuk berkongsi keajaiban Pesta Tanglung dengan lebih ramai lagi tetamu menerusi penambahan dua perisa baharu ini yang sememangnya memenuhi selera Asia Tenggara.

Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures boleh didapati pada harga RM138+ untuk pilihan empat kuih bulan yang lazat atau RM35+ untuk satu kuih bulan. 

Para tetamu juga boleh berkunjung ke Lady Yi’s Tea House untuk menikmati hidangan teh cina premium yang dipilih khas bagi membangkitkan lagi rasa pada kuih bulan yang berbeza. 

Bagi memulakan sambutan Pesta Tanglung, Lady Yi’s Tea House menawarkan diskaun 15 peratus  kepada pelanggan terawal hingga 18 Ogos 2024. 

Ahli Club Marriott dan pemegang kad bank terpilih boleh menikmati diskaun tambahan 10 peratus untuk pesanan mereka. 

Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures boleh didapati untuk pembelian di laman web hadiah rasmi Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown. - Getaran, 6 Ogos 2024

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Ukir Senyuman Yang Tersayang Dengan Kemanisan Coklat

2

Selera 3 minggu yang lalu

Baskin-Robbins Malaysia Meraikan Citarasa Malaysia Sempena Merdeka

3

Selera 1 bulan yang lalu

W Kuala Lumpur Perkenal 'Moonlit Mystique' Sempena Perayaan Kuih Bulan

4

Selera 2 bulan yang lalu

Roti Gulung Kayu Manis, Cinnabon Kembali Ke Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara