web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


W Kuala Lumpur Perkenal 'Moonlit Mystique' Sempena Perayaan Kuih Bulan

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2024 2:09PM

Pek perayaan kuih bulan ini menampilkan seleksi kuih bulan pelbagai perisa menggoda yang hadir bersama hadiah sampingan menawan. 

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perayaan kuih bulan bakal tiba Ogos nanti. Bagi meraikan perayaan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Cina, khususnya penggemar kuih bulan, W Kuala Lumpur sekali lagi mencuri tumpuan dengan membawakan Festival Pertengahan Musim Luruh dengan pelancaran Koleksi 'Moonlit Mystique'.

Koleksi ini tampil elegan dan estetik, malah cukup praktikal jika ingin dijadikan cenderahati atau buah tangan kepada kenalan dan ahli keluarga. Biarpun kuih bulan adalah hidangan tradisional, tetapi W Kuala Lumpur berjaya mengangkat kuih ini ke peringkat seterusnya.

Sesuai dengan konsep hotel yang selalu ‘wow’, tema tahun ini terus selari dengan siri Moonlit terdahulu, malah bertambah hebat. Kali ini ia hadir dengan kotak atau beg mini yang lebih stail, bergaya dan anggun, yang boleh digunakan semula untuk pelbagai tujuan.

Hadir dalam dua rona warna memikat, iaitu ‘Tint of Azure’ (Baby Blue) dan ‘MM24’ (Vivid Jingga-Kuning), anda boleh memilih kuih bulan yang digemari yang terdiri daripada lapan perisa iaitu Red Bean Tangerine, Pure Lotus Double Yolk , White Lotus Single Yolk, Manascus Pandan Lotus Single Yolk , Mango Lotus, Chocolate Lava, dan Golden Butter Milk.

Setiap kotak edisi terhad ini memberi peluang kepada pelanggan memilih empat perisa yang digemari dan ia dilengkapi dengan Set Teko Edisi Khas 'Moonlit Mystique' yang eksklusif berharga RM298 bersih.

Moonlit Mystique Trove Koleksi Berinovasi Buat Si Penggemar Pastri

Sama ada anda suka atau tidak, buat pertama kalinya W Kuala Lumpur membawakan perisa Durian Musang King untuk didedikasikan kepada penggemar raja buah-buahan di Rantau Asia Tenggara ini.

Tersedia dalam ‘snow skin’, perisa Musang King menjanjikan profil rasa yang seimbang. Tidak terlalu manis, mahupun mempunyai bau yang terlalu kuat. Sesuai untuk dicuba oleh sesiapa sahaja, asalkan dia mampu menghidu bau durian.

Memahami selera tetamu yang pelbagai, tahun ini W Kuala Lumpur juga mengejar trend dengan memperkenalkan empat pastri pemanis mulut yang diinspirasikan daripada kuih bulan.

Menggabungkan tradisi timur dengan kemahiran kulinari barat, kuih bulan pemanis mulut yang dihidang sejuk ini adalah godaan manis yang mesti dicuba kerana ia hadir dengan perisa istimewa iaitu Dolce Vita (coklat gelap), Citrus Fair (buahan sitrus), Tempted Berry (buahan beri) dan Matcha Cravings (teh hijau).

Juga sesuai dijadikan sebagai hadiah, kuih bulan edisi istimewa ini mungkin menjadi buruan ramai untuk perayaan kuih bulan kali ini!

Moonlit Mystique Trove didatangkan dalam kotak atau beg pembawa dalam rona Canary Yellow yang menyerlah rekaannya. Anda boleh pilih perisa yang diidamkan, termasuklah perisa Durian Musang King. Setiap satu berharga RM198.

Untuk pertanyaan atau pembelian, sila ke laman sesawang W Kuala Lumpur, e-melkan ke w.kulwh.YEN@whotels.com atau bf.wkualalumpur@whotels.com.  – Getaran, 23 Julai, 2024

Foto : W Kuala Lumpur

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Lady Yi’s Tea House Tampil Dengan Koleksi Kuih Bulan Lunar Treasures 

2

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Kuih Bulan Kini Boleh Dinikmati Semua Bangsa, Pelbagai Pilihan Tersedia 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Manjakan Diri Dengan Hidangan Teassentials Di W Kuala Lumpur

4

TARA 1 tahun yang lalu

Bercuti Dan Rehat, Tapi Bukan Seperti Yang Anda Bayangkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara