web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Makanan Yang Sejukkan Badan, Sesuai Untuk Musim Panas!

Terdapat buah-buahan dan sayuran yang boleh dimakan untuk membantu mengatasi masalah dehidrasi sekaligus menyejukkan badan.

Selera Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 4:47PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali berhadapan dengan cuaca panas berpanjangan, kita akan dinasihatkan supaya banyak menghabiskan masa di ruangan tertutup, berbanding di luar. Ini kerana cuaca terik boleh menyebabkan tubuh badan terasa panas, lebih-lebih lagi jika anda kurang minum air.

Apabila dehidrasi berlaku, antara simptom yang mungkin dialami ialah pening kepala, bibir dan mulut kering, badan menjadi lemah, rasa berdebar-debar dan kekejangan otot. Salah satu cara untuk mengatasi masalah dehidrasi ialah dengan mengambil makanan yang sesuai.

Terdapat buah-buahan dan sayuran yang boleh dimakan untuk membantu mengatasi masalah dehidrasi sekaligus menyejukkan badan. Jom semak senarai berikut:

1. Air

Air adalah cara yang paling jelas dan paling mudah untuk kekal terhidrat dan melawan haba. Walaupun anda mungkin tahu betapa pentingnya air, adakah anda mengambilnya dengan cukup?

Ketika cuaca panas, badan anda menggunakan lebih banyak tenaga untuk melaksanakan tugas kerana haba menjadikan kehidupan seharian menjadi lebih sukar. Bergantung kepada jantina, tahap aktiviti, dan tabiat pemakanan, anda harus cuba mengambil antara 11 dan 15 cawan air sehari untuk mengelakkan diri daripada dehidrasi.

2. Timun

Timun adalah salah satu makanan yang paling menghidratkan kerana ia terdiri daripada 95% air. Timun juga mengandungi nutrien yang membuatkan badan berasa sihat.

Timun mengandungi vitamin K, vitamin C, kalsium, zat besi, folat, B6, dan vitamin dan mineral lain. Semua ini membantu tubuh badan mendapatkan tenaga untuk mengalahkan haba.

Timun adalah snek sihat yang mudah untuk disediakan dan boleh dijadikan bahan campuran dalam pelbagai jenis makanan. Anda boleh makannya begitu Sahaja, campurkan ke dalam sandwic atau salad, bahkan jadikan jus penghilang dahaga.

3. Tembikai

Hidangan manis yang digemari ramai ini sentiasa menyegarkan tubuh badan. 90 peratus kandungan tembikai adalah air dan ia mengandungi antioksidan yang boleh memberi manfaat kepada tubuh anda.

Apabila anda berasa terlalu panas, anda perlu mengambil nutrien untuk mengekalkan tenaga, jadi tembikai adalah pilihan yang baik.

4. Saderi

Saderi juga tinggi dengan kandungan air, iaitu 95% peratus. Ini bermakna bahawa saderi adalah makanan ringan yang sangat menghidratkan untuk dinikmati sepanjang musim panas.

Dengan beberapa sos pencicah buatan sendiri, keju, atau mentega kacang, saderi adalah makanan sejuk yang lazat.

5. Air kelapa

Air kelapa adalah penyelesaian yang bagus untuk menyejukkan badan apabila terlalu panas. Air ini dipenuhi dengan elektrolit yang membantu tubuh badan kembali segar bermaya.

Apabila anda mengalami dehidrasi, anda boleh kehilangan tenaga anda dengan lebih mudah, dan elektrolit membantu menggantikan tenaga yang hilang itu dengan segera.

6. Pisang

Jika anda sedang mencari cara untuk menyejukkan diri dari dalam ke luar, makan pisang. Pisang menyumbang kepada pengecutan tisu anda, yang sebenarnya membolehkan lebih banyak penyerapan air.

7. Buah-buahan sitrus

Lemon, limau, oren, limau gedang adalah beberapa contoh buah sitrus. Buah-buahan ini mengandungi antioksidan dan vitamin C yang boleh membantu menyejukkan dtubuh badan dan menambah tenaga yang hilang.

Cara paling mudah untuk nikmatinya ialah dengan menitiskan limau nipis atau lemon ke dalam air minuman. Limau gedang atau grapefruit boleh dijadikan bahan tambahan untuk salad sayuran atau salad buah-buahan.

8. Sayuran berdaun hijau

Sayuran hijau berdaun seperti bayam, kangkung, salad romaine dan kubis semuanya sangat tinggi kandungan air, terutamanya apabila dimakan mentah (apabila anda memasak sayur- sayuran berdaun, ia cenderung kehilangan sebahagian daripada kandungan airnya).

Anda boleh menggabungkan pelbagai sayur-sayuran kegemaran anda untuk asas salad, dan masukkan makanan yang menghidratkan ke dalam resipi peribadi anda. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah timun, tomato, bawang merah, keju feta, dan beberapa keping avokado. – Getaran, 21 Julai, 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Hidangan Panas Dan Sihat Buat Perantau

2

Selera 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kekal Kenyang Dan Puas

3

TARA 2 tahun yang lalu

8 Makanan Terbaik Untuk ‘Pengembaraan’ Mendapatkan Berat Badan Sihat

4

TARA 2 tahun yang lalu

Diet 'Flexitarian' Semakin Dapat Tempat Dan Popular

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN