web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hidangan Panas Dan Sihat Buat Perantau

Musim perayaan dan cuti panjang pasti membuat ramai yang keluar memandu jauh, sama ada pulang ke kampung atau bercuti. Jika dambakan makanan hangat ketika merantau, ini ada pilihan baharu untuk anda.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 11:33AM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim perayaan dan cuti panjang pasti membuat ramai keluar merantau dalam negara. Pulang ke kampung halaman atau bercuti, pasti anda dambakan makanan hangat yang berkhasiat sebagai pemberi tenaga untuk memandu jauh. 

Selain daripada berhenti di kawasan rehat dan rawat, kini para perantau ada beberapa pilihan baharu. 

Terkenal sebagai hentian untuk mendapatkan hidangan cepat dan segar ketika dalam perjalanan sejak 2013, Deli2go baru-baru ini telah memperkenalkan menu terbaharu mereka kepada rakyat Malaysia. 

Kini, pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan cita rasa Malaysia yang unik pada bila-bila masa.

Bertemakan ‘Layan Panas-Panas’, seleksi menu baharu ini menampilkan ‘croffle’ istimewa, ayam masak merah mac n cheese (untuk rasa yang lebih pedas) dan meatball bolognese mac and cheese, yang sesuai untuk kanak-kanak. 

Tidak cukup dengan itu, Deli2go turut menawarkan pilihan menu tanpa daging seperti asam pedas pasta dan satay wrap. 

Satay wrap telah diusahakan bersama Nestle Professional menggunakan ketulan yang berasaskan tumbuhan yang dibakar Harvest Gourmet dan disaluti dengan sos sate kegemaran Malaysia; sesuai untuk dimakan di mana-mana sahaja dan dipenuhi dengan kebaikan berasaskan tumbuhan. 

Semua hidangan ini disediakan di lokasi dan boleh didapati di semua kedai Deli2go terpilih di Malaysia. 

“Kami sentiasa berusaha dan memastikan stesen-stesen Shell kami menjadi lokasi yang mudah untuk dikunjungi untuk para pelanggan kami, bukan sahaja sebagai persinggahan untuk mengisi minyak, tetapi juga untuk mendapatkan makanan sedap yang berkualiti tinggi.” 

“Melalui Deli2go, Shell komited untuk menawarkan hidangan hangat, tambahan tenaga, dan pengalaman gastronomi yang memuaskan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa bergerak dek rutin hidup yang sibuk.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan Deli2go sebagai lokasi perhentian terbaik untuk para pelanggan sebelum mereka meneruskan perjalanan,” ujar Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia & Singapura, Seow Lee Ming mewakili pihak Shell. 

Bersempena dengan pelancaran menu baru ini, Deli2go akan menyajikan sampel hidangan panas secara percuma kepada rakyat Malaysia menerusi siri jelajah trak ‘Layan Panas-Panas’.

Jelajah yang dimulakan di Taman Tun Dr Ismail pada 25 April lalu itu akan terus menyambung perjalanan mereka merentasi Semenanjung Malaysia dan berhenti di 70 tempat popular tempatan dan stesen-stesen Shell sehingga 5 Jun hadapan.

“Memandangkan ramai yang akan pulang ke kampung semasa musim perayaan ini, kami ingin memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati sendiri rasa eksklusif menu baharu ini.

“Jejaki trak ‘Layan Panas-Panas’ berdekatan anda, dan kru kami akan menyediakan hidangan percuma istimewa untuk anda,” tambah Seow.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini Deli2go, sila kunjungi Shell.com.my - Getaran, 16 Mei 2022

Gambar : Shell Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

8 Makanan Yang Sejukkan Badan, Sesuai Untuk Musim Panas!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang - Polis

3

Selera 1 tahun yang lalu

Gerai Juadah Sahur Mudahkan Pelanggan Nikmati Makanan Segar, Panas

4

Selera 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kekal Kenyang Dan Puas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN