web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat Elak Kesesakan Di Gua Musang - Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:10PM

Anak Kelantan yang ingin pulang pada sambutan Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Anak Kelantan yang ingin pulang pada sambutan Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif untuk mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan. 

Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal. 

“Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi. 

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik untuk pengguna jalan raya. 

“Saya telah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang untuk mencari kaedah serta laluan alternatif yang lain untuk melicinkan lagi perjalanan pengguna jalan raya.

“Kemungkinan ada jalan-jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan,” katanya. 

Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya bersabar dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini. 

“Untuk mendapatkan kemudahan yang selesa memerlukan sedikit pengorbanan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad