web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Teh Herba Unik Yang Baik Untuk Kesihatan!

Hiruplah secangkir teh herba yang menenangkan, meredakan loya, kembung atau penyakit umum yang lainnya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 2:53PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada yang dapat menandingi suasana pagi hari yang dingin atau sewaktu hujan di malam hari, dengan menghirup secawan teh herba panas yang menenangkan.

Selain menghangatkan dan bebas kafein, ramai tidak tahu sebenarnya teh herba mempunyai banyak khasiat kesihatan yang tersembunyi.

Dari menenangkan fikiran, sehinggalah menenangkan perut yang sedang bergelora, ramuan herba memiliki segala macam manfaat penyembuhan secara alami. 

“Dalam banyak-banyak cara, kita dapat lebih manfaat kesihatan daripada secawan teh herba organik, berbanding pil-pil vitamin,” kata Marianne Beacon, ahli herba ternama, lapor HealthLine.

Baiklah tanpa membuang masa, berikut kami senaraikan lima teh herba yang baik untuk kesihatan anda, seperti di bawah:

#1 Teh Kamomil

Kamomil (chamomile) ialah sejenis herba yang berasal daripada bunga dari keluarga bunga daisi. 

Kelebihan teh kamomil dipercayai mampu memberi ketenangan. Ia selalu digunakan untuk mereka yang mengalami masalah gangguan tidur atau gangguan mental.

Menurut kajian yang dijalankan kepada 34 pesakit insomnia, meminum teh kamomil sebanyak dua kali sehari mampu merawat masalah tidur mereka.

Selain itu, teh kamomil ini turut mempunyai sifat antibakteria, antiviral dan antiradang yang mampu melindungi organ hati anda.

#2 Teh Pudina

Teh pudina pula dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan manusia, ekoran unsur antioksidan yang dimiliki tumbuhan herba ini.

Menurut kajian makmal yang pernah dijalankan, teh pudina mampu menenangkan usus serta perut yang mengalami masalah-masalah berkaitan.

Misalnya, teh pudina mampu merawat ketidakhadaman, senak perut, sakit perut, mual-mual, loya dan muntah-muntah serta pedih ulu hati.

#3 Teh Echinacea

Echinacea adalah sejenis herba yang berasal daripada bunga echinacea. Bunga ini hanya dapat ditemui di benua Amerika Utara. Namanya berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘landak’. 

Teh echinacea dikatakan mampu menguatkan sistem imunisasi tubuh manusia, lantas dapat membantu badan melawan sebarang penyakit risiko rendah dan jangkitan. 

Menurut kajian, meminumnya mampu memendekkan tempoh jangkitan demam atau selesema biasa. Selain itu, ia juga dikatakan mampu melegakan sakit tekak serta hidung tersumbat. 

#4 Teh Bunga Raya

Siapalah yang tidak mengenali bunga raya, bunga kebangsaan kita, bukan? Ramai yang tidak tahu bunga raya juga boleh diminum sebagai teh bunga raya.

Selain warna yang cantik dan rasa yang untik, teh bunga raya dipercayai mampu mendatangkan manfaat kesihatan yang luar biasa yakni mampu melawan virus.

Menurut kajian, mendapati ekstrak herba ini mungkin mampu melawan strain virus selesema burung. Namun tahap keberkesanannya masih belum disahkan. Apa yang pasti, rasanya sedap!

#5 Teh Rooibos

Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan. Dipercayai masyarakat setempat, khasiatnya sangat bagus untuk pertumbuhan, perkembangan dan ketumpatan tulang.

Menurut kajian, teh herba rooibos mampu merangsang sel-sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang-temulang manusia. 

Teh herba rooibos juga dipercayai mampu membantu dalam merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, namun ia masih memerlukan kajian lanjut. – Getaran, 5 Julai 2021

Sumber dan gambar: helloDOKTOR

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 9 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN