web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 4:46PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak sempena pelancaran Skim Perubatan MADANI dan program MADANI Afiat Peringkat Kebangsaan 2023. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara isu yang akan difokuskan dalam Belanjawan MADANI kedua itu bagi KKM adalah pembinaan klinik-klinik kesihatan dan mengatasi masalah kesesakan hospital kerajaan di seluruh negara. 

“Dalam Belanjawan MADANI, isu kesihatan dan pendidikan kita akan terus utamakan. Fokus utama adalah kemudahan kesihatan termasuk rumah sakit. 

“Ada yang kata sejak Anwar jadi PM, kebanyakan hospital sesak, sesak ini dah lama berlaku, jadi kita akan uruskan dengan baik,” kata beliau ketika berucap melancarkan Skim Perubatan MADANI dan program MADANI Afiat Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, hari ini. 

Sementara itu, Anwar berkata rasionalisasi subsidi perlu disusun supaya bantuan subsidi kerajaan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan. 

Ini kata beliau termasuk caj rawatan hospital kerajaan. 

“Kena kaji, kalau nak terus bagi subsidi, yang 10 peratus (golongan berpendapatan tinggi) kita tak perlu bagi subsidi, macam hospital, caj rendah, percuma pun ada, tapi kita bagi pada semua, salah kah golongan paling kaya kita kenakan bayaran lebih tinggi,” kata beliau. 

Menyentuh mengenai Skim Kesihatan MADANI, Perdana Menteri berkata, ia adalah satu inisiatif penting Dasar Malaysia MADANI bertujuan menyediakan akses sama rata perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada golongan B40. 

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengucapkan selamat Hari Farmasi Sedunia pada warga farmasi seluruh negara sempena hari yang disambut pada 25 September lalu. 

Beliau turut memuji usaha negeri Perak yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempertingkat maklumat kesihatan kepada rakyat termasuk program Bulan Kesihatan Malaysia peringkat negeri. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 23 jam yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan