web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Anggota Abu Sayyaf Dihukum Di Sabah, Ekstradisi Ke Filipina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 4:22PM

Datuk Hazani Ghazali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tujuh anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditahan pada 18 Ogos lalu di Pulau Timbang, Sandakan berkemungkinan akan dihukum di Sabah sebelum diserahkan kepada kerajaan  Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Filipina.

Menurut beliau, kesemua suspek berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah bagi menjalani pertuduhan di bawah Akta Imigresen sebelum diesktradisi ke Filipina.

“Polis percaya kesemua suspek ini memiliki rakan subahat yang mungkin telah melarikan diri, susulan operasi berterusan pasukan keselamatan negara ke atas mereka.

“Kita juga ada sebab untuk percaya, mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang merancang melakukan beberapa siri penculikan di Sabah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalang utama semua rancangan penculikan itu dipercayai telah ditembak mati atau ditahan dalam operasi sebelum ini di daerah Beaufort.

“Kita percaya, rancangan penculikan ini dihentikan buat sementara waktu susulan kematian dan penahanan perancang utama mereka,” tambahnya.

Sebelum ini, Hazani dalam satu sidang media di Sandakan pada 20 Ogos lalu mengumumkan, dua individu dipercayai anggota militan telah ditembak mati dalam pertempuran bersama pasukan keselamatan di Pulau Timbang.

Katanya, pasukan keselamatan turut menahan tujuh individu yang kemudian disahkan sebagai anggota kumpulan militan Abu Sayyaf. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad